Monday, August 29, 2011

selamat menyambut idil fitri dan hari kemerdekaan

memang agak lama tidak memasuki bolg ku ini. sesungguhnya, ia adalah semacam disengajakan. merehatkan minda, bersama ramadhan. dan akan ku cuba kembali seperti biasa, insyaallah, selepas kita menyambut kehadiran syawal ini.
apapun, kepada penjenguk laman 'minda sejahtera' saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda budiman semua. sekadar melukiskan isi hati mengenangkan keadaan dan demi saynagkan agama, bangsa dan nusa.
selamat hari raya maaf zahir batin dan selamat mengingati hari kemerdekaan negara kita tercinta.
selamat hari raya
1 syaWAL 1432h
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA.

Friday, July 1, 2011

tanam padi ..... 2

membina negara bangsa yang bersatu padu aman damai menjadi asas kepada keharmonian dan kerukunan negara kita. memang, dewasa ini banyak kita lihat bahawa tahap perpaduan di kalangan rakyat kita membimbangkan. pemimpin kita sering memperdengarkan 'keresahan' dalam isu ini. tanpa keharmonian, apa yang kita harapkan tidak akan membuahkan hasil yang dikehendaki. malah, sekiranya tersilap 'pembajaan', menyebabkan buahnya yang keluar nanti akan tidak manis seperti yang diharapkan. apatah lagi ianya mungkin menjadi 'kemetot'.

mungkin, apa yang yang telah disemai, tidak sesuai, khususnya jenis baja yang dipakai. kalau dulu dulu, kita di sekolah rendah lagi telah diajar matapelajaran 'tata rakyat @ sivik". bagaimana agaknya sekarang ? mungkin sistem persekolahan, harus menjadi salah satu yang membantutkan kepada usaha untuk menjuruskan kepada perpaduan.di sini tidak bermaksud untuk menyanggah apa yang sedang kita lalui sekarang. sememangnya, adalah sangat sukar untuk memperkatakan tentang senario ini. malah ia menjadi semacam sensitif.

dengan sistem yang kita bina sekarang, menerusi sistem pembelajaran yang 'pelbagai', yang masing masing dijuruskan kepada tiga aliran berbeza - melayu, cina dan india; dikira dan diyakini akan menghasilkan buah yang tidak sama. memang perkara ini, boleh diperbahas dan diperhaluskan. tetapi, bagaimana nanti, sekiranya penyemaian dan pembajaan sebegini, sekiranya diteruskan, rasanya akan tidak ada titikpertemuan. ianya berjalan selari, seperti ril keretapi. tidak ada pertemuan.

masing masing akan melompat, sekiranya diperkatakan akan perkara ini secara terbuka. masing masing akan secara langsung 'kembali' merujuk kepada perlembagaan. kita faham dan kita juga akur akan kedudukan ini. cuma apa yang disangsikan, sekiranya keadaan sebegini berterusan, tidak mustahil kita di masa hadapan akan tidak berkesudahan membincang tentang perkara ini.

wujudnya 'kebebasan' yang tidak terhad, perjuangan menegakkan hak masing masing, diperjuangkan melalui persatuan atau sebarang ngo yang berkaitan. malah sekiranya ada sedikit sentuhan' @ usikan, pehak yang tebabit akan melenting. malah juga tidak boleh disentuh langsung dan kekadang menjadi semacam 'tak makan saman'. kita selalunya tidak mahu mewujudkan suasana 'bermasam muka'. maka terpaksa ikut dalam keterpaksaan ?

mungkin kita dapat menyediakan sistem pembelajaran mengenai sejarah negara, boleh diperkenalkan secara serius sejak awal persekolahan.kita kena dedahkan kepada semua anak cucu kita dengan perkembangan sejarah awal tanah air. pendedahan ini, hendaklah dijadikan sebagai satu sabjek wajib. banyak yang boleh dikaji difikirkan, demi untuk menambahbaikan keadaan. perkara ini juga tidak akan berkesudahan hanya melalui seminar dan perbincangan sahaja. ia perlu kesungguhan dan pastinya peringkat penguatkuasaan.semua nya harus diadakan secara berhemah. mempunyai sikap yang terbuka, dan mengakui bahawa sejarah itu tidak pernah berbohong.dan segala tindakan hendaklah dilakukan tidak setakat 'horey horey' dan kosmetik.

ianya hendaklah dilakukan sepenuh komitmen dan kesedaran untuk membina negara dan perpaduan masa depan.tanpa memikirkan hakikat ini, akan menjadi umpama tanam padi, tumbuh lalang ! dan yang kerugian, adalah kita. bagi anak anak sekarang yang akan membawa negara bangsa dan mewarisinya sampai bila bila. sebarang unsur kerenggangan hendaklah dipisah dan diatasi, dengan minda terbuka serta menerusi hati yang ikhlas dan tidak semata mata bertindak ikut naluri sendiri sendiri sahaja.

Saturday, June 25, 2011

tanam padi, tumbuh lalang ?

isu perpaduan timbul lagi. dalam pola kependudukan berbilang kaum dengan pelbagai adat resan dan budaya, tidak mudah untuk digarap supaya menjadi 'sentiasa licin'. setiap khalayak punyai cita rasa tidak terbatas, apatah lagi bila berkaitan dengan 'hak' masing masing. imbas kembali semasa perbincangan ke arah mencapai kemerdekaan dan merangka perlembagaan negara, ketika itu, diperbincangan dan dipersetujui dan digubal hasil melalui tolak ansur semua kaum - melayu, cina dan india. kita kemudian mencapai kemerdekaan. semua akur dengan apa yang telah dipersetujui.kita dapat lihat dengar dan baca seterusnya menerima pakai sampai kini.

bagaimana pun, isu berkaitan perpaduan, saban hari - melalui media sama cetak maupun elektronik, masih diperkatakan dan dihidangkan sebagai juadah, yang tidak sedap untuk dimakan. pokoknya, kenapa jadi begini? diibaratkan dengan 'cobweb theory', mesti sepatutnya jaringan yang dijalin dan terjalin mempunyai tugasan dan fungsi tersendiri dan saling berkerjasama erat. maka sarang labah labah itu menjadi mantap dan kukuh, sehingga boleh menjerat mangsa yang melanggarnya. ini bermakna bahawa, dipadankan dengan isu perpaduan kita, akan menjadi sama. kita hendaklah mempunyai kekuatan sedemikian.

mesti ada tidak kena di mana mana, ada tempat yang longgar. semua ini boleh menjejaskan kita. malah isu perpaduan, antara kaum sekiranya tidak dalam keadaan yang kuat bersatu, boleh melemahkan perpaduan masyarakat. mampu meletakkan negara dalam suasana yang tidak selesa. memetik ucapan timbalam perdana menteri,"saya berasa bimbang kerana prinsip asal perpaduan yang berjaya dibentuk pemimpin terdahulu sudah mula dihancurkan dan dilemahkan gerakan tertentu". mesti ada yang tidak kena di mama mana, sehingga pandangan ini dicetuskan. sekiranya keadaan sebegini berterusan, boleh menjejaskan keselamatan negara. kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. kesepakatan kaum, sikap berganding bahu dan toleransi semacam sangat terjejas semacam telah hilang tampuknya.

mungkin apa yang perlu, dari bayangan oleh timbalan perdana menteri, sesuatu telah semacam tergelincir dari landasan yang sepatutnya. ianya tidak dapat diatasi dengan hanya memberikan suntikan ubat semata mata. punca perlu dicari, dianalisis semula dan hendaklah diadun menjadi ubat mujarab. banyak pengamatan mampu dicerakinkan semula. tetapi, semestinya memerlukan kerja yang lebih dengan komitmen yang tinggi. gembelingan pelbagai sektor hendaklah dilaksanakan. tanpa sebarang langkah segera dan tindakan sewajarnya, kita tidak mahu menjadi seumpama pepatah lama, tanam padi tumbuh lalang !

Friday, June 24, 2011

penyemaian dan pembajaan, kena betul dari mula...

bercakap tentang perpaduan negara, ianya adalah salah satu asas pembentukan negara kita. perbincangan perkara ini tidak pernah menjadi 'basi'. saban hari, perkara mengenai perpaduan diperkatakan. perpaduan negara, yang dicita-citakan adalah ' satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negara' (mesyuarat panel penasihat perpaduan negara, februari 1992).

gagasan mencapai perpaduan negara yang benar-benar 'bersatu-padu' - sebagai bangsa malaysia merupakan wawasan suci yang diimpikan apatah lagi setelah kita mencapai kemerdekaan sudah menjangkau 54 tahun. mengemudi ke arah menjayakan wawasan ini sangat memerlukan komitmen dan segala kerjasama seluruh warga malaysia pelbagai lapisan. tanggungjawab ini tidak seharusnya tertanggung ke atas jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional (jpnin) semata-mata !

memang perbincangan berkaitan perpaduan negara tidak pernah diabaikan. tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi melihat betapa perkara ini semacam tidak wujud 'keserasian'. masing-masing, kiranya dibuka untuk diperbincangan, akan mengutarakan pelbagai idea - menjurus kepada menyokong hatta menyanggah akan apa yang sedang kita hadapi sekarang.

persoalannya, kenapa setelah sekian lama, keadaan ini masih diperbincangkan. di mana yang tak kena, apa yang tidak betul, dan pelbagai persoalan bolih dikemukakan.agaknya sampai bila keadaan akan berterusan, dan bagaimana mungkin tahap perpaduan kita , katakan 50 tahun akan datang. inilah perkara perkara yang semestinya, kita seluruh warga yang cintakan negara perlu memikirkan tentang bagaimana, untuk membentuk satu perpaduan yang kental, jitu dan padu sebagai satu negara malaysia.

Monday, June 13, 2011

memartabatkan sains sosial - integrasi kebangsaan 2/2

hasil kajian sains sosial amat bernilai dan sangat diperlukan dalam merancang dasar ke arah memantapkan kesatuan negara. kajian hendaklah dilakukan secara menyeluruh meliputi semua isu merentasi semua negeri dalam persekutuan malaysia. apakah perkara, isu dan sebarang bidang yang mungkin tidak diketahui umum tetapi sangat sensitif dan boleh mwenjelaskan perpaduan negara. usaha usaha ke arah menjadikan integrasi nasional hendaklah menjadi menjadi bahan utama. kajian harus meliputi semua perkara menjuruskan kepada penyatuan belia kita.

pelbagai bidang kajian, merangkumi semua aspek kehidupan warga kita - seluruh negara. demi negara, masa depan, acuan yang dibentuk sekarang akan menentukan bagaimana hasilnya di masa hadapan. isu berkaitan perpaduan, integrasi nasional dilihat masih merupakan agenda utama perlu diberikan perhatian dan menyediakan dasar garis panduan ke arah kebaikan bersama. menangani aspek ini, memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tidak sedikit dari pehak berwajib. malah ianya diyakini tidak mampu ditangani semata mata dengan menggunakan kaedah penguatkuaasaan semata mata.

sesungguhnya, semangat seperti yang ditunjuk pamirkan oleh penyokong dan peminat piala FA itu patut dijadikan ukuran - melihat ketaatsetiaan warga - kita, terutama para belia, yang semestinya akan menggalas tanggungjawab untuk membawa negara di masa depan. ini bermakna bahawa dalam pembentukan minda cintakan apa sahaja, mesti ada sesuatu yang menjadi perkara pokok dan wujud kebersamaan dan kesepakatan. inilah sepatutnya, ciri ciri yang kita harus bendung.

justru, cadangan menubuhkan satu universiti khas bagi mengkaji dan menyelidik tentang disiplin sains sosial juga langkah yang sangat tepat. bagaimana pun, sementara menunggu dan bakal menjadi kenyataan menjelang tahun 2020, dikira sangat terlewat.untuk itu, apa salahnya diteruskan dengan cadangan tersebut dan usaha pengkajian dan penyelidikan boleh dimula pada hari ini.dengan situasi semasa, kita tidak mampu, untuk menunggu dan sementara kita sudah ada banyak pusat pengajian tinggi awam, kita fokus dan teruskan dengan kerja kerja sesuai dengan apa yang kita perluka. ini sesungguhnya, sangat bersesuaian dan penting untuk penggubal dasar dasar dalam bidang ini, untuk membuat pemetaan bagi menghadapi masa depan.

Sunday, June 12, 2011

memartabatkan sains sosial - integrasi kebangsaan - 1/2

piala FA musim ini sudah tamat. pasukan terengganu menang. tahniah. kepada pasukan kelantan, yang kalah juga diucapkan tahniah. dah jadi lumrah sukan, termasuk bolasepak. sebenarnya, tidak sama sekali post ini mahu mengulas tentang kehebatan permainan yang telah semua saksikan malam tadi. apa yang dapat dilihat dan boleh diambil iktibar dari suasana dan senario itu ialah betapa semangat bukan sahaja di kalangan pemain tetapi juga penonton dan penyokong dari kedua pasukan. bermakna, semangat yang sangat tinggi,kebersamaan dan kesetiaan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada pasukan masing masing.

suasana ini boleh diterjemahkan kepada usaha pembinaan dan pembentukan jatidiri negara. boleh dilihat tentang bagaimana semangat patriotisme warga kita, tahap kebersamaaan di kalangan warga kita,tahap toleransi,perpaduan hatta integrasi kebangsaan. perkara ini, sangat mustahak diambil kira, terutama dalam proses pembentukan satu negara bangsa yang kuat dan bersatu.rempah ratus ini merupakan prasyarat yang tidak dapat tidak sangat diperlukan bagi menjayakan gagasan 1Malaysia.

penyelidikan dan kajian sains sosial - harus ditumpukan kepada isu ini. memang telah ada kajian telah dan sedang dijalankan tetapi penugasan harus kepada usaha yang lebih luas. bagaimana kajian harus ditumpukan kepada penyatuan di kalangan semua belia kita, berjumlah lebih 11.7 juta merangkumi seluruh negara kita,ke arah usaha penyatuan jitu dan mantap. tumpuan hendaklah dikhususkan kepada keperluan penyatuan ini.

gambaran bagaimana proses awal pembentukan malaysia, yang telah dibuat melalui persepakatan pemimpin kita, persetujuan untuk bersama sama. perkara ini, semua sudah diketahui tetapi perlu diadakan proses 'ulang tayang' yang berterusan. ini semata mata supaya dapat terus memberikan kesedaran akan kepentingan pensejarahan itu sendiri. penyelidikan hendaklah juga mengutamakan berkaitan kemungkinan isu isu meghalang ke arah pembentukan kesatuan negara, terutama apabila faktur ilmu alam yang menjarakkan kedudukan fizikal antara tiga entiti negeri dalam malaysia, jarak yang beratus batu dan terpisah dengan laut cina selatan,pelbagai isu kena dikaji dan mengemukakan juga cadangan ke arah membaikkan keadaan.

Friday, June 10, 2011

memartabatkan sains sosial / 3

masih berkisar kepada usaha murni ke arah memartabatkan bidang kajian dan penyelidikan berkaitan sains sosial.andainya perlaksanaan pemikiran ini dapat dipercepatkan, ianya pasti mampu memberikan impak besar terutama bagi penggubal dasar pembangunan modal insan negara, tambahan pula bidang ini telah sedia ada dikebanyakan institusi pengajian tinggi awam kita.

kemudahan ini diguna sebelum mendapat kemudahan tetap dan khusus. lebih kurang 'berakit rakit dahulu bersenang senang kemudian'.segala hasil dapatan dan penyelidikan dari bidang sains sosial ini bolih dijadikan asas kepada penggubalan dasar kerajaan ke arah pembentukan masa depan negara.

agensi berkepentingan dalam bidang ini, antaranya jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional, bahagian pembangunan belia kementerian belia dan sukan dan termasuk juga kementerian penerangan. menggubal dan menyediakan dasar dasar pembangunan negara (social engineering)memerlukan hasil penyelidikan sains sosial. elemen perpaduan, integrasi nasional dan pembentukan hala tuju dan dasar belia memerlukan input dari bidang ini. merangka masa depan negara, bagi mewujudkan satu kesatuan negara bangsa bersatu padu, aman, harmoni mesti disediakan pada hari ini.

mungkin dari segi pelaksanaannya, tenaga sedia ada di IPTA, yang berkaitan terus diberikan peluang dan kemudahan menjalankan kajian yang diperlukan, sememangnya banyak dan pelbagai disiplin.untuk lebih mempelbagaikan hasilan, mungkin juga bolih ditawarkan kepada mana mana bakal pengkaji yang berkelayakan tetapi telah berpencen dari perkhidmatan. sekiranya dengan mekanisme yang sesuai dirasakan wawasan ini mampu dilaksanakan.

dapatan dari kajian ini,bolih memberikan manfaat sesuai untuk mencelikkan minda genarasi baru, terutama mengenai kewujudan negara malaysia. ianya sangat berfaedah bagi mendedahkan segala kajian ini kepada belia belia kita, yang sekarang berjumlah lebih 11.7 juta. kefahaman satu kemestian dan jitu. perpaduandan hubungan etnik,bukan perkara mudah dan sama sekali tidak bolih dimantapkan luaran sahaja. kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku di masa hadapan, tetapi sekiranya mereka mempunyai dan memahami asas dan kefahaman yang jelas,dijangka akan bolih membentuk satu kesatuan negara bangsa malaysia yang harmoni, progresif dan bersatu padu di bawah penghayatan sepenuhnya pada prinsip rukunegara.

memartabatkan sains sosial / 2

cadangan mewujudkan universiti sains sosial menjelang tahun 2020 sangat dinantikan.tetapi, rasanya agak terlewat sekiranya terpaksa menunggu selama itu. sebab 'peminggiran' ke atas bidang sains sosial sudah berlaku sejak tahun 1990. maka adalah dikira lebih molek andai kata kita terus adakan seperti yang dirancang, perkemas dan perkasakan bidang ini dimana mana institusi yang sedia ada, dan bila kampus khusus untuk nya siap maka langsung saja dengan tugasan yang sepatutnya dibereskan.

lagi lambat bertambah jauh lah kita akan ketinggalan dalam kajian sebegini. ianya merangkumi pelbagai bidang, disiplin dan aspek. dan keadaan ini, akan mewujudkan kelompangan bidang yang sepatutnya dapat dipergunakan. ini adalah penting dan perlu dihidupkan semula dan seberapa segera yang terdaya, atas dasar kepentingan bahan kajian yang dihasilkan untuk tujuan penggubalan dasar menyediakan masa depan negara yang lebih cemerlang.

tanpa melengahkan proses ini, keperluan asas dan jitu akan kandungan dan komposisi negara kita. hasil kajian nanti akan digunakan dan disebar untuk makluman dan kefahaman masyarakat, terutama bagi membentuk satu negara bangsa yang mantap dan kukuh dari segi perpaduannya.

dalam suasana perpaduan kita sekarang, yang dilihat agak longgar, salah satu bidang yang penting diutamakan ialah tentang sabjek sejarah. pembelajaran dan kajian terhadap sejarah tanah air, merupakan satu cabang penyelidikan sains sosial. banyak perkara dan ilmu yang seakan terlupa dan dilupai, olih kebanyakan dari masyarakat.hasil kajian dan penyelidikan yang semestinya baik bolih dijadikan bahan untuk dikongsikan dan difahami bersama.

dengan memberikan ruang yang lebih kepada pemohon perkerjaan, khusus kepada ilmuan dan para pengkaji yang membuat kajian khusus berkaitan pembentukan malaysia. ini menjadi satu perkara sangat mustahak kepada kita sekarang. harapan mahu melihat ianya dipercepatkan pelaksanaannya dan hendaklah berterusan dengan mendapat pengiktirafan dari kerajaan.

pelbagai bidang dan aspek yang bolih dijadikan asas kajian dalam bidang sains sosial. dapatan dari penyelidikan dan kajian ini sangat diperlukan untk para penggubal dasar kerajaan. antara yang mungkin releven termasuklah: sejarah tanah air kita, pola kependudukan,kajian bagaimana tentang pemnempatan awal masyarakat malaysia, apakah yang membezakan kawasan luar bandar dan bandar sebelum ini,dan diperhatikan kajian ini masih belum mampu memenuhi keperluan dalam pembentukan masyarakat kita. justru, adalah sangat bertepatan dan dialu-alukan cadangan untuk memartabatkan sains sosial ini.

dengan perancangan yang rapi, pelaksanaannya tidak harus dilewatkan dan tidak wajar menunggu pada 'tempuh masa' yang terlalu lama. hasil kajian, sangat diperlukan sekarang untuk mmembena masa depan negara 20 atau 50 tahun akan datang. kesan sekarang akan mencorakkan keadaan masa depan. jadi tidak salah, kalau sekiranya seluruh masyarakat berkerja dan bergerak ke arah mencapai wawasan itu. fikir fikirkan lah !

Thursday, June 9, 2011

memartabatkan sains sosial - nilai tambah mengukuhkan negara

buku 'pelan tindakan pengajian tinggi negara' fasa 2 (2011- 2015)sempena pelancaran pelan tindakan fssa 2, pelan strategik pengajian tinggi negara olih menteri pengajian tinggi semalam sangat dialu-alukan.antara intisari tersebut memperakukan bahawa bidang sains sosial juga mempunyai nilai tambah sama seperti bidang sains dan teknologi.

tahniah, kerana mengusahakan untuk kembali meletakkan dan mengakui bidang ini sama pentingnya, sehingga diberikan dan mendapat perhatian semula dari pihak berwajib sekali gus ilmu sains sosial akan dimertabatkan semula. di sini bermakna bidang sains sosial yang akhir akhir ini kurang mendapat perhatian kerana dilihat sebagai tidak mempunyai 'nilai tambah'berbanding dengan bidang pengajian sains dan teknologi lain.

menyedari peri pentingnya pengajian dan pengkajian sains sosial, langkah ini sangat dialu-alukan. bahkan sepatutnya tidak menghadapi unsur unsur 'keciciran'.bagaimana pun, sebab berlakunya evolusi pendidikan dan negara lebih memberikan tumpuan terhadap bidang sains dan teknologi sejak tahun awal 1990an,bidang sains sosial menjadi semacam tidak mendapat sambutan. kemungkinan berlaku salah tanggapan menjadikannya semacam terpinggir lantaran bahawa bidang ini tidak punya 'nilai tambah' yang tinggi.

mungkin terlewat tetapi masih ada ruang waktu, bidang ini cuba dimartabatkan semula. lebih molik juga terlewat dari langsung diketepikan. kepentingan bidang sains sosial tidak dapat dinafikan dalam pembentukan satu negara bangsa yang kuat mantap bersatu padu dan dinamik.ianya mampu menyediakan dan membentuk minda masyarakat untuk memiliki pengetahuan yang tinggi.juga mampu berperanan dalam memahami apa yang berlaku pada satu satu bangsa dan membantu dalam pembentukan dasar dan masa depan negara.

sejajar dengan pendekatan baru ini, mengharapkan ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin dan tidak terlalu rigid terikat dengan jangka masa yang ditentukan. tambah baikkan mana yang sedia ada, berikan landasan yang kukuh dan sediakan panduan serta hala tuju yang mantap. semua unsur ini dijangka dapat merangka
satu perancangan yang baik, bolih membantu mengukuhkan kesatuan negara bangsa. hakikat ini mampu dicapai dengan pasukan kerja yang mantap dan memahami sejarah pembentukan negara. malah diyakini mampu membuahkan hasil yang cemerlang dalam menyediakan acuan kukuh dalam pembentukan negara, kita.

menguruskan pembangunan minda belia

di zaman serba maju dan canggih ini, dengan capaian yang mudah lagi pantas menerusi kemajuan teknologi maklumat, semua dapat menerima apa sahaja maklumat dan segala bentuk berita dengan hanya sekelip mata.memikirkan keadaan sebegini, apa kurangnya dengan apa yang sedang berlaku di negara kita. khusus di kalangan para belia, dengan kepakaran dan kemahiran dalam bidang ini, telah menjadikan mereka sangat terkehadapan berkaitan dengan perkara dan perkembangan semasa. semua nya dihujung jari.

belia kini, sangat celik IT. mereka memiliki dunia tanpa sempadan.perhubungan menjadi sangat bebas dan luas. apa sahaja perkembangan seluruh dunia dalam pengetahuan mereka. mereka ini pula, sekiranya ditolih ke belakang sangatjauh perbezaannya dengan latar belakang pendidikan yang dipunyai olih ibu bapa dan keluarga mereka. di zaman keluarga dan orang tua mereka, penyebaran maklumat adalah sangat terhad.perkara ini sesungguhnya merupakan satu perkara yang sangat signifikan. apatah lagi,kepada para pengamal pembangunan, sekiranya mereka mahu membentuk minda kalangan belia.

keterdedahan secara maya segala informasi merentasi seluruh alam akan sedikit sebanyak mempengaruhi minda mereka.kepada suasana sebegini, dijangka akan mengalami kesukaran bagi untuk bersama menidakkan perkara yang ya ! jadi, bagaimana ? mampukah kita bersama untuk menyediakan prasarana minda mereka tanpa memdapat persetujuan dan keterlibatan mereka.mungkin, ramai menganggapkan perkara ini sebagai sangat mudah dan enteng. tetapi sekiranya di selami sebenar benarnya, tidak semudah seperti yang dijangka. keterdedahan maklumat dan dunia tanpa sempadan harus mempengaruhi minda mereka.

mengenangkan kesukaran mengawal sistem penyebaran maklumat yang bebas dan terbuka dan mampu dicapai olih semua tanpasebarang kesulitan, bagaimana agaknya, bagi kita, terutama pengamal pembangunan belia untuk membawa pemikiran belia ke arah bersama sama membina masa depan negara. bayangkan negara kita mempunyai sejumlah warga belia yang besar. seperti yang diketahui, sehingga kini, kita mempunya seramai tidak kurang dari 11.7 juta belia.satu jumlah yang cukup besar dan sangat mencabar. apakah acuan yang sesuai yang mungkin mampu untuk mendidik minda mereka untuk bersama sama kita membina negara bangsa sekali gus merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Tuesday, June 7, 2011

memperkasakan industri sukan, acuan kita...

kemenangan bergaya kelantan malam tadi mengalahkan terengganu 3 - 0 dalam siri kejuaraan liga super dan pertandingan akhir piala FA, yang juga mempertemukan dua 'musuh tradisi' bolasepak ini sesuatu yang menarik dan sangat dinantikan oleh semua peminat bolasepak negara.ini senario dan perkembangan bolasepak dan pertemuan antara dua pasukan pantai timur, yang sejak dulu 'sentiasa panas' terutama dengan kerenah dan telatah penyokong mereka.

kegairahan arena bolasepak negara sekarang sedang merancakkan suasana dan mendapat 'kepuasan' tersendiri di kalangan peminat dan penyokong pasukan yang bertanding, itu adalah lumrah.dan bukan itu menjadi pokok bincangan post ini. ia lebih difokuskan kepada impak dari perlawanan bolasepak itu sendiri. apa yang mahu diperkatakan di sini ialah sekiranya momentum ini berterusan dan dapat bertahan, maka wawasan kerajaan menjadi sukan sebagai industri akan membuahkan hasil, seperti yang diharapkan.

lihat sahaja mejelang pertandingan piala FA, sekurang kurangnya penyokong dan peminat kedua pasukan sedang memperkemaskan gaya dan cara menyokong pasukan masing masing. proses penyediaan ini lah menjadi tumpuan dalam industri sukan kita.bayangkan betapa persiapan untuk menonton dan menerima pertemuan dua musuh tradisi ini.

yang pasti melibatkan satu rangkaian yang mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. bukan sahaja setakat penyediaan pakaian dan apa saja berkaitan dengan pasukan untuk penyokong penyokong, pengangkutan awam bas kapal terbang keretapi, kemudahan dari segi penginapan turut mendapat tempias,pengusaha makanan sudah pasti.malah pengembangan perniagaan di kalangan pengusaha media juga bertambah, penyediaan skrin besar, skrin gergasi akan bercambah di merata rata. ini merupakan sebahagian dari industri itu sendiri.

ini hanya sekadar disebut sebagai memberikan pandangan bahawa, melalui bolasepak telah berjaya menggerakkan pelbagai sektor perniagaan dan ini adalah kesan ke arah membangunkan industri sukan.juga bayangkan bagaiamana kemungkinan 'kesibukan' yang lahir dari penyokong dan peminat untuk menyaksikanpertandingan pasukan masing masing. semua ini juga merupakan sesuatu yang bakal berkembang pesat sekali gus mencetuskan kesan positif menggerakkan perkembangan industri sukan.

dan diyakini, industri sukan akan terus mendapat landasan yang betul dan bakal akan terus diperkasakan, dengan menggunakan acuan kita sendiri. dan wawasan mengindustrikan sukan sedang bergerak di landasan yang betul. apa yang perlu, termasuklah pemantauan dan penyediaan sistem dan mekanisme yang membantu ke arah memajukannya.

Monday, June 6, 2011

belia terbiar ?

pernah tidak kita terfikir mengenai perkara ini. mungkin semua sudah memikirkan tentang untung nasib belia belia dalam kategori ini. maksud 'terbiar' di sini ialah kalangan belia yang tidak berpersatuan, tidak terpilih mengikuti latihan plkn dan tidak menerima apa saja pendedahan sebagaimana rakan rakan belia yang biasa. memang kita boleh berkata bahawa itu dia punya pasal lah. kenapa tidak mengikuti arus perdana. apapun, senang berkata kata, tapi mau bikin susah.

agaknya, para pengamal pembangunan belia sedar atau tidak jelas berapa jumlah belia dalam kategori macam ini. post ini juga, tidak pasti tetapi hakikatnya pasti tinggi jumlah nya. mungkin,tidak pula diketahui jumlah mereka.ke mana mereka,sebab dalam masyarakat kita yang kian menjadi sibok dan dalam kesuntukan masa, belia belia yang terkeluar dari 'mainstream' belia. mereka tidak berpersatuan,tidak punya hala tuju, dan kemungkinan mereka akan terlibat dan terjerumus dalam hal hal berkaitan dengan kedisiplinan diri.

secara pemikiran rambang, diyakini terdapat sejumlah yang agak besar (?)kalangan yang dibawah kategori ini.mereka ini lazimnya juga mempunyai pendidikan formal tetapi tidak begitu menyerlah lantaran keterlanjuran dalam hal kedisiplinan mereka, yang kemungkinan juga menjadi masalah dalam keluarga. tetapi, walaupun begitu, mereka juga turut memiliki kepakaran tersendiri. ada kemahiran tetapi tidak berpeluang dan tidak terdedah dengan peluang peluang yang ada.apakah gulungan ini, kita akan biarkan sahaja tanpa memikirkan akan nasib masa depan mereka.harus difikirkan pendekatan sesuai bagi membantu dan membawa semula mereka dalam arus perdana.mereka juga pasti meliputi pelbagai lapisan masyarakat. dari pelbagai laratbelakang keluarga.

memikirkan betapa kerugian dalam keterbiaran mereka ini, maka seharusnya pengamal pendidikan dan pembangunan belia mengambil pendekatan bersama mereka.kumpulkan mereka, diberikan pendedahan dan pendidikan, mungkin kolar biru, yang mereka minati,dengan pengawasan dan sistem yang betul sesuai dengan naluri mereka, mereka ini diyakini akan 'mampu' dijelmakan atau dilahirkan semula.

jumlah mereka ini, tidak lagi diambil kira dari belia belia yang sedang menjalani hukuman, mungkin akibat dari kenakalan mereka sedang menjalani hukum penjara. secara terbuka memang agaknya kita tidak dapat anggka yang tepat, tetapi yang pasti harus wujud dan ada. kalangan sebegini, tanpa diberikan 'peluang' kali kedua, juga akan menjadi bebanan pada masyarakat dan merugikan. tenaga muda mereka, pemikiran dan kepandaian mereka harus ditebusguna, dan dengan pendekatan yang sesuai, akan kembali menjadi satu 'work force' yang baik untuk masa depan negara. kita sekurang kurangnya tidak boleh membiarkan untung nasib mereka dengan apa yang dihadapi mereka, kita kenalah memberikan peluang dan dengan pendekatan yang sesuai, harus usaha yang dijalankan tidak menjadi sia sia.

sehubungan dengan isu ini, ada pernah kita cuba memikirkan pendekatan dan cara bagaimana mengatasinya ? kita dan negara akan kerugian, dengan tidak mengambil perhatian dan mengembalikan kalangan belia terbiar ini ke dalam arus perdana. agaknya, kalau pandangan ini, datang dari pemimpin tertinggi negara, harus akan mendapat reaksi dan respon, sekurang kurangnya dari pihak yang terlibat dan bertanggungjawab mengenai hal ehwal belia dan pembangunan belia. mendoakan, agar yab perdana menteri terlihat dan menjeling akan post ini, dan perdana menteri harus berkata sesuatu sebagai langkah positif cuba kalau tidak menyelesaikan masalah ini tetapi mampu menyedarkan pengamal pembangunan belia untuk bergerak supaya keadaan ini tidak berterusan serta terbiar yang pastinya akan menjadi lebih parah.sebagai satu harapan dan doa, walaupun sangat mustahil, semoga perhatian perdana menteri mampu menggerakkan segala,insyaallah.

Saturday, June 4, 2011

ekspedisi berbasikal 1M ...

teruja dengan kegigihan dan semangat yang tinggi di kalangan 110 orang pelajar pelajar universiti malaysia pahang dan smk tengku abdullah pekan, berkayuh sejauh 342 km dari pekan ke kompleks perdana putra di putra jaya, baru baru ini. kalau dilihat, memang lah itu antara aktiviti pelajar yang biasa biasa saja. tidak mudah kepada mereka memastikan misi ini berjaya.tetapi kalau dinilai dari semangat dan kegigihan, pujian harus diberikan kepada bukan sahaja pelajar pelajar bahkan juga kepada penganjur bertanggungjawab. sememangnya patut mendapat pujian dari perdana menteri. tahniah. post kali ini melihat lebih dari itu.

sehubungan dengan ini, sekiranya diimbas, betapa sewaktu perang dunia kedua kita dicatat juga bahawa tentera jepun turut menggunakan basikal. perkara ini akan diberikan perhatian dalam kelapangan post yang akan datang. perdana menteri, semasa menerima ketibaan mereka, seperti dilapurkan, berkata "sikap itu perlu dipupuk dan diasuh di kalangan genarasi muda supaya mempunya semangat waja, gigih, bersedia menghadapi cabaran dalam usaha membentuk masa depan negara". dipinjam dari kata kata semangat perdana menteri.

ekspedisi ini, sememangnya dilakukan atas dasar menyokong gagasan 1M, supaya dapat membentuk, sekurang-kurangnya menggarap pemikiran untuk bersama menjadikan masyarakat yang bersatu dalam menjalankan aktiviti berfaedah. selain dapat memupuk kesedaran menjaga kesihatan, selaku kegiatan riadah yang sihat juga membantu memperkasakan jatidiri kalangan belia belia kita, yang tabah dan tahan lasak.

malah, impak langsung mau pun tidak langsung,sekira kegiatan seumpama ini mendapat sambutan dari warga kita, sememangnya, kesedaran dan kempen menjaga kesihatan dapat dipertingkatkan. rasanya, kementerian kesihatan sangat mengalu alukan kegiatan sebegini. dilihat dari jarak kayuhan juga, secara tidak langsung, belia kita, dapat menengok dan mempelajari akan keadaan selain dari tempat mereka sendiri.satu pendedahan pembelajaran yang pelbagai, bolih dijadikan pengajaran.ini juga mampu membangkitkan semangat cintakan tanah air sendiri.

sedar atau tidak, ianya jua mampu menjelaskan bahawa wawasan kerajaan untuk menjadikan sukan itu sebagai industri sedang meniti di kalangan masyakat kita. ini juga bermakna, peluang peluang perniagaan, seperti kedai basikal telah mula mendapat tempat. aktiviti sampingan berkaitan dengan basikal juga mula bergerak dan mencapai momentum yang ke arah lebih baik.

berkembang, dan tidak mustahil sekiranya momentum ini, diteruskan bolih juga nanti memunculkan bakat bakat sukan berbasikal yang mampu diketengahkan untuk digilap, digarap seperti pernah berlaku pada pemuka dan jaguh jaguh basikal negara..seperti azizul hasni, anuar manan, adiq husaine, josiah ng, mohd zamri dan harris salleh yang sedang mengharumkan nama negara di pentas dunia ... sekadar disebut beberapa nama.

justru, ianya bolih diperkembang dan dimantapkan.mampu membudayakan budaya sihat di kalangan masyarakat kita,selain memupuk budaya bekerjasama dan tabah dalam menghadapi cabaran, yang dikira merupakan antara ciri-ciri yang perlu dimiliki dan diterapkan kepada kalangan belia kita. dan yang terbaru, menyahut wawasan kerajaan bagi mengindustrikan sukan.keseluruhannya, adalah merupakan satu pembentukan acuan yang baik bagi membentuk keperibadian belia untuk masa depan dan sekali gus juga mendapat muntiara jaguh berbasikal untuk diketengahkan masa depan. semua ini, akan,dan insyaallah berjaya dengan gabungan dan kerjasama mantap dari semua pihak.

Friday, June 3, 2011

belia ... tagihan negara

memperkasakan belia sangat penting. kalayak belia, dengan kepakaran yang dimiliki, suka tidak suka kena dipertingkatkan segala. negara memerlukan sokongan samada tenaga dan buah fikiran kalangan belia bagi membawa negara ke mercu tanda.usaha dan langkah yang jelas dan telus kenalah dipertontonkan supaya kalangan belia kita mampu dan berketerampilan, sesuai mempersiapkan mereka untuk mengambil alih dan membawa negara di masa depan.

penyediaan belia ke arah mengambil alih tugasan memimpin negara masa depan juga mesti melalui acuan yang sesuai. harus diselaraskan dengan perkembangan semasa, dunia yang penuh cabaran dan merentasi sempadan fizikal. proses 'mengadun'dan adunan yang baik perlu dilakukan dengan yang terbaik. hakikat ini, sesuai dengan kehendak terkini.dan dalam kepelbagaian dan kemajmukan masyarakat kita,perkara utama kena dititikberatkan , antara lain termasuklah:pembentukan jatidiri, semangat waja,tabah, berilmu, punyai nilai nilai tambah keagamaan, terus,telus, tulus dan pelbagai lagi.pokoknya terapan melalui acuan kita hendakah berlandaskan prinsip rukunegara.

gabungan unsur unsur ini, perlu sentiasa dipupuk, semangat mereka hendaklah sentiasa diperkasa. ini menjadi asas utama supaya nantinya, kita mampu memperolihi hasil yang mantap dan kalayak belia bolih menghasilkan sumbangan berhargai kepada negara.tindakan positif, harus difikir dan diterjemahkan pada pelaksanaan, sesuainya berlandaskan kebeliaan. seharusnya semua gerakkerja ini hendaklah benar benar telus agar apa yang dirancangkan tidak menjadi semacam 'ketirisan' dalam pelaksanaan.

perancangan aktiviti berfaedah dan sesuai, sekaligus mewujudkan budaya sihat dengan suntikan bagi membina semangat waja yang kental di kalangan belia.ianya harus didedahkan dengan program lebih pelbagai dalam usaha mengukuhkan perhubungan kenegaraan dan memperjuangkan konsep 1Malaysia. usaha sebegini, tidak semestinya apabila menjelang sesuatu hari sambutan, seperti himpunan sejuta belia, yag baru berlalu. ia harus berjalan berterusan.

Wednesday, June 1, 2011

menanti himpunan dua juta belia....

himpuan sejuta belia baru sahaja berakhir dan telah pun berlalu.perlaksanaan hari belia negara 2011, sambutan besar-besaran dan resmi berakhir sudah.dengan perancangan rapi dan penglibatan ratusan ribu belia merupakan manifestasi betapa kalangan belia negara diraikan. mereka mendapat tempat istimewa. memang belia kita adalah eset kita. seperti biasa, apabila setiap selepas berlangsungnya program, akan disediakan kertas kajian bagi menilai dan mengkaji kemungkinan adanya sebarang kelemahan yang harus dperbaiki untuk penganjuran himpunan belia tahun hadapan. memang, walaupun munkin tidaklah diumpamakan seperti pepatah, rumah siap tukul berbunyi, tetapi mesti dilihat akan mana mana kelemahan yang sama ada tidak disengajakan atau terlupa, akan pasti dicerakin dan dinilai demi untuk menjadikan sambutan tahun depan dapat diatasi demi untuk menjadikan yang lebih baik.

sehubungan dengan ini, pelbagai sudut pandangan perlu di ambil kira bagi mempastikan perlaksanaan himpunan sejuta belia benar benar memenuhi tujuan dan matlamat penganjur, dan dalam kes ini semestinya kementerian belia dan sukan. sebenarnya, apakah hala tuju yang ingin dibawa bersama golongan belia. perkara ini menjadi satu keutamaan perlu diperhalusi. ini semata mata demi untuk mempastikan yang terbaik akan dapat disediakan bagi sambutan di tahun mendatang.

semuanya, dari pelbagai program, memang telah dilihat menjadi yang baik sepanjang terutama semasa sambutan himpunan sejuta belia. bagaimana pun, tidak keterlaluan kiranya diberikan beberapa pemerhatian demi untuk dipertambah-baikkan kemudian.melalui pengelaman turut hadir dan bersama sama sepanjang tiga hari dan kemuncaknya pada 28 mei,beberapa pemerhatian juga dapat dilihat.memang sesuai dengan kemahuan kalangan belia, seperti program berbentuk hiburan semacam menjadi satu acara kemestian. sesuai dengan kemahuan dan mungkin juga selera kalayak belia, pertunjukan pentas seperti konsert, agaknya menjadi keminatan semasa di kalangan para belia.maka itulah di pentas utama dipertontonkan konsert. dan dalam masa yang sama, mungkin agak 'terlebih' dari segi jumlahnya.sebab kita juga ada perkara yang hampir sama semasa 'clash of the band', hatta di pink village jugadiadakan perkara yang hampir hampir sama.mungkin untuk lebih menjadi sepadu, mungkin program seumpama ini dapat diselaraskan supaya tidak memperlihatkan pertindihan. memang motif nya agak berbeza.

bagi lebih menyemarakkan pesta, sempena himpunan sejuta belia ini juga, semoleknya juga diseimbangkan juga dengan program program yang mampu memperkasakan jatidiri belia itu sendiri. bukan bermakna apa yang telah disediakan kurang menyengat tetapi supaya, program yang disediakan itu diselaras dan diseimbangkan juga dengan kegiatan kegiatan, termasuklah pengisian dari segi kerohanian dan, elemen elemen kesedaran sivik di kalangan belia demi membentuk genarasi belia akan datang.walau pun nampak sebagai remeh, tetapi untuk lebih dilihat supaya ianya seimbang dan tdak dianggap hanya menatang sebelah pehak sahaja. mungkin tanggapan ini tidak tepat tetapi, sememangnya dapat dirasai. apatah lagi, agar sambutan ini tidak semata mata dibawa (planted) atau sekadar hanya untuk hoorey hoorey dan tidak mendapat apa yang sepatutnya yang pehak penganjur impikan.bermaksud, sebaik mungkin rasa cinta pada gagasan 1M, dan elemen seperti dalam rukunegara itu sentiasa tidak lekang dari ingatan.

apapun, tahniah kepada semua. sejuta belia dapat dihimpun. ini merupakan satu gagasan terbaik, sekurang kurangnya, para belia dibawa dan diperkenalkan dengan pusat pentadbiran kerajaan. mengharapkan rasa sayang dan apa saja mungkin dapat dirasai sebagai hak bersama. dan akhirnya, para belia akan mempertahankan pusat ini sebagai satu khazanah yang tidak bernilai harganya. bahkan, mengharapkan dengan apa yang telah disediakan, menjadi satu nostalgia. bernilai dan mempunyai nilai tambah kepada eset negara, yakni semua para belia. dan merangkumi semua, hendaklah kita semua, termasuk para belia, memahami bahawa hidup hanya sementara, manisnya hanya sekejap, pahitnya sepanjang usia...kecuali bagi yang bersedia, memahami, berwaspada dan berbaik sangka. maka hakikat ini yang dimahukan, dan wawasan serta pengharapan 1Malaysia dapat terus dipertahankan.

Saturday, May 28, 2011

belia kita eset kita !

sehingga 29 Mei 2011,kita semua masih merayakan hari belia negara tahun 2011.dari segi perayaan dalam merayakan hari khusus belia sememangnya dirayakan dengan pelbagai program dan aktiviti. sekurang-kurangnya lebih 200 program tersedia dan diaturkan.pelbagai bagai pertunjukan dan apa saja berkaitan belia diperagakan, dipertunjuk dan dipertontonkan.penglibatan kalayak belia memang menjadi teras utama menjayakan perayaan ini.diperhatikan semua aktiviti telah membawa satu pendekatan bahawa belia adalah pelaku utama.penganjur bertindak selaku fasilitator sahaja. bermakna dari belia kepada belia.sekali lagi ucapan tahniah kepada para belia negara.

kemeriahan sepanjang sambutan hari belia ini memang jelas. dari pengamatan, pelbagai program yang disediakan, seperti dilapurkan: 80 acara berbentuk pertandinga, 93 acara berlandaskan kerohanian dan keilmuan dan 20 acara pula dalam bentuk persembahan dan pertunjukan. mengurus dan menyediakan ruang menjayakan semua ini juga memerlukan satu usaha yang perlu digabung padu,semata mata untuk menjayakan program ini.semua para belia diberikan kesempatan dan berpeluang mempertontonkan kepakaran masing masing.memang sangat membanggakan.

cuma apa kah semua ini akan berterusan dan menjadi tumpuan utama dalam memperkasakan para belia. bermakna sesuai dengan langkah menjadikan mereka sebagai pewaris yang bakal menerajui negara masa depan.atau apakah mungkin pesta ini hanya sekadar pesta seperti musim perayaan sahaja. memang tidak menjadi kesalahan untuk berpesta, sebagai merayakan hari belia, cuma kalau bolih, hendaklah juga ianya tidak semata mata sinonim dengan hanya berpesta besar-besaran.kita mau juga medium ini menjadi satu gelanggang yang mampu meletakkan para belia di pentas yang sepatutnya.harus juga kita bakal tuai hasilnya, impak dari apa yang telah dirancangkan.sekurang kurangnya, kita sama sama bertanggung jawab menyuntik idea yang lebih mantap bagi membina dan membentuk jatidiri belia untuk masa hadapan.

berdasarkan jumlah peruntukan dan program yang disedia, diaturkan seharusnya, kita sebagai pembimbing mampu untuk mengukur impak keberjayaan semua ini. berlandaskan bahawa para belia adalah eset negara, maka kita juga perlu menilai kepentingannya dalam pembentukan nilai nilai murni sekali gus disuntik kepada kalayak belia ini.

belia memang eset negara. belia masa kini sudah dan sedang berdepan dengan pelbagai suasana pendedahan, yang mereka perolihi bukan sahaja menerusi pembelajaran formal tetapi juga melalui penglihatan dan pendengaran.mereka sudah punyai tanggapan dan pandangan tersendiri dalam kotak pemikiran mereka.mereka terdiri dari jenarasi idealistik yang celik maklumat, kotak pemikiran mereka telah meredah dan merentasi dunia tanpa sempadan, dan terdiri kalangan yang terpelajar dengan punyai jaringan di dalam dan luar negara yang canggih dan tidak pula terbatas. ini bermakna, para belia kini adalah terdiri dari kalangan yang bukan sahaja terpelajar dan pandai tetapi juga mampu menilai segala, tanpa bersusah payah. kecanggihan medium maklumat mebantu segala.

justru, selain melayani program yang bersifat biasa, mereka juga memerlukan perkara yang lebih berat untuk dipertanggungjawabkan.sebab para belia merupakan benteng dan barisan pertahanan utama negara. mereka adalah ibarat senjata ampuh lagi tajam. maka itu belia kita, yang melampaui angka 11.9 juta, merupakan jumlah yang besar, semestinya adalah eset negara. mereka perlu dipertajamkan minda,mereka perlu dikentalkan jatidiri dan mereka perlu dipertambahkan dengan unsur-unsur cintakan negara.bahu mereka akan diserah dan dipertanggungjawabkan membawa negara kita di hari muka.

Friday, May 27, 2011

belia sandaran negara

perangkaan kependudukan negara menunjukkan jumlah belia terkini melebihi 11.9 juta. satu jumlah yang besar. usaha membangunkan belia memerlukan pendekatan sesuai dengan keadaan dan persekitaran semasa.belia kini, majoriti mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbeza. itu pasti. tetapi mereka lebih terdedah dengan segala maklumat. ini tidak dapat dinafikan. menerusi kepantasan dan kecanggihan dunia maklumat kini, dengan dunia tanpa sempadan, mereka terdedah dan mampu mengetahui dan memiliki pelbagai informasi dan kepakaran. persekitaran ini kena diambil perhatian.mereka punyai kepandaian, kepakaran dan minda yang lebih bahkan sangat terbuka.mendekati gulungan ini juga seharusnya dengan menggunakan cara yang sesuai, dan tanpa kepakaran dalam mendekati mereka juga memungkinkan mencetus 'pertembungan idea dan buah fikiran'.memang tidak semua begitu tapi lebih baik pengamal kebeliaan memahami akan perkara ini.

mengenali dan menangani kalayak belia, harus melalui pendekatan berhemah supaya tidak menjejaskan 'keakraban dan kepakaran ilmu' yang telah dimiliki mereka.menghargai dan mengenangkan betapa pentingnya kalayak belia, maka kita sememangnya telah diberitahu, dari asal dan mula lagi, bahawa 'untuk melihat masa depan negara hendaklah kita lihat belia pada hari ini'. satu pengajaran dari mula. itu pasti. kita kena memikirkan pendekatan tersesuai dengan kepentingan dan kehendak mereka. bimbingan dan panduan, sangat perlu.bukan mereka tidak tahu, cuma sekadar bersama sama untuk mempelajari dan memberitahu, supaya semua jadi tahu.

dari pandangan ini, pasti dan jelas memperlihatkan bahawa masa depan negara pasti tertanggung ke atas bahu kalayak belia masa kini.franklin roosevelt, presiden amerika syarikat,"kita tidak selalunya dapat membina masa depan untuk belia, tetapi kita dapat membina belia untuk masa depan". sementara sukarno, presiden indonesia, "berikan aku seorang pemuda,nescaya akan ku goncangkan dunia". malah madah mutiara ini hendaklah disedari dan difahami olih semua kalayak belia bahkan juga para pengamal pembentukan jatidiri belia itu sendiri.

nah ! betapa berdasar pengakuan ini, kalayak belia sangat tinggi nilai dan menjadi aset penting negara. dengan ilmu dan kepakaran yang dimiliki mampu meletakkan nilai jatidiri belia itu, di tempat yang sewajarnya.apatah lagi negara sangat memerlukan dan kesinanbungan masa depan depan negara pasti tertanggung pada para belia. sementara bagi pengamal pergerakan kebeliaan, setiap masa cuba sedaya munkin mempastikan segala perancangan dan perancangan membangunkan kalayak belia dapat dilakukan kepada hanya yang terbaik. ini semua semata mata demi kepentingan belia itu sendiri.

berdasarkan senario ini juga, maka kalayak belia perlu menerima dan membuka minda ke arah perubahan. bahkan belia jenarasi sekarang ini adalah sebagai agen transformasi. mereka harus bergrak mengejar apa saja peluang yang terbuka luas untuk diterokai. tidak hanya sekadar mendengar melihat dan berpeluk tubuh. fikir rancang dan cuba membuat sesuatu yang boleh menjadikan kalayak belia sentiasa dalam keadaan beketerampilan. sementelahan pula, kerajaan tidak membiarkan kalayak ini sendirian. pelbagai jua bantuan, pertolongan latihan bimbingan disediakan. semua ini dengan usaha gigih menjurus kepada asas keyakinan untuk membina belia demi masa depan belia dan harapan negara kelak.

himpunan 1 juta belia - sejarah bakal tercipta !

saban tahun, setiap 15 Mei, ditetap khusus sebagai hari belia. ini semata mata untuk menghargai para belia, yang pastinya turut merasa dihargai,diperlukan untuk bersama membina negara bangsa menuju masa depan.pengelaman mengajar dan memandu kita, menagih sepenuhnya supaya dapat memperkemaskan niat wawasanvisi dan misi menuju ke alaf depan yang belum pasti menjanjikan kemanisan. amat ditagihkan dari para belia supaya membuka minda dan bersama menjadikan peluang yang terbuka sebagai ladang luas untuk diterokai.semua ini pasti akan berlaku, menerusi kekentalan minda dan dengan punyai jatidiri yang tinggi kental dan tidak mudah mengalah.

sehubungan dengan sambutan hari belia tahun ini, dirancang dan direncanakan untuk menjaya misi 'himpunan 1 juta' belia.sesuai dengan tema sambutan, belia sebagai pemangkin transformasi, maka diharapkan para belia benar benar akan mengorak langkah positif agar dapat turut sama membina negara bangsa.sepintas lalu, gabungan dan kerjasama pihak kerajaan dan swasta untuk merayakan sambutan hari belia sangat dialukan. hanya, dengan ketulusan para belia jua lah akan nantinya membuatkan hasil yang baik.seharusnya, medan yang dijadikan landasan sambutan hari belia, yang direncanakan dengan pelbagai program mampu dimanfaatkan sebaik mungkin.

bermula pada hari ini, dari 27 mei hingga 29 mei 2011,akan bermula satu pentas yang boleh menggabungkan seluruh belia dari seluruh pelusuk tanah air, bagi memberikan satu manifestasi betapa kalangan belia adalah eset terpenting negara.sekiranya benarlah kehadiran mereka, kalangan belia ke putrajaya, mencapai jumlah yang besar, merupakan pertama kali dalam sejarah pergerakan belia ini, menunjukkan betapa sekiranya melalui panduan dan bimbingan yang betul mampu menjadikan belia ini satu angkatan yang sangat bertenaga.mampu menjadikan kudrat yang ada untuk menjuruskan kepada pembangunan negara. ini juga sebenarnya terletak jua di bahu para belia. medan sudah terbuka luas dan hanya para belialah yang sepatutnya boleh meneruskan apa sahaja yang baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk negara bangsa.

sempena sambutan himpunan 1 juta belia, yang julung kali diadakan ini, digerakkan dengan gabungan kerjasama kerajaan dan pelbagai pihak swasta turutjuga mencipta sejarah dan wawasan baru dalam menangani isu isu berkaitan dengan kebeliaan.untuk julong kali nya, seharusnya 'pesta' yang cuba diadakan ini boleh memberikan kesan yang sangat positif kepada pergerakan belia itu sendiri. melalui pendedahan sebegini, tahap kesiapsiagaan, jatidiri, kesukarelawan dan berbagai bagai lagi akan terserlah. keserlahan ini nanti akan dapat dinilai diukur supaya mereka akan dapat dibimbing dan di asuh untuk meneruskan wawasan kerajaan, di masa depan.

tidak syak lagi betapa dengan program himpunan 1 juta belia ini adalah lanjutan dan impak keberjayan sambutan hari belia tahun 2010, yang menghimpunkan lebih 500 ribu belia. semuanya mempunyai tujuan dan hasrat yang sama. yakni meraikan dan memberikan penghargaan kepada kalangan belia, dan seluruh ngo yang berkaitan dan menggerakkan hal hal kebeliaan ini.

justru, sambutan hari belia tahun 2011, bakal mencipta sejarah. dengan kehadiran 1 juta belia ke putrajaya nanti nya pasti akan memenuhi seluruh pentas dan ruang lapang meliputi precint 2, 3 dan 4 ...sebagai medan dan pentas menunjukkan betapa para belia dihargai. dan para belia kenalah, dengan minda terbuka melihat dan mengambil kesempatan dari peluang yang sedia ada. peluang ini pastinya, datang sekali sahaja. jadi rebut lah dengan penuh berhemah akan peluang yang terbuka.impaknya, dari perancangan yang telah disediakan, pasti, pergerakan belia pada tahun bakal mencipta sejarah...!

Sunday, May 22, 2011

sukan cemerlang ekonomi berkembang

bagi yang tidak berminat, bertanggapan, apa lah ada dengan sukan. mungkin jarang yang beranggapan sedemikian. sementara, yang minat, terutama kiranya ada dikalangan pasukan atau pun atlet itu menjadi pujaan mereka, ikon mereka, tersangat lah seronok dan bahagianya mereka dengan prestasi dan pencapaian atlet pujaan. ini merupakan perkara biasa. sudah lumrah.maknanya,tanpa sukan pastinya tanpa peminat. tanpa peminat juga tanpa sukan.

teruja dengan satu paparan iklan promo dalam tv tempatan, sekadar memberikan pandangan betapa pentingnya peminat, penyokong kepada perkembangan sukan. sebutlah apa saja jenis sukan. tanpa peminat, sukan itu jadi layu. ada benarnya akan perkembangan ini.mana boleh sukan tidak ada peminat.tak masuk akal. mustahil.mesti ada peminat.maka, sebab ada peminat adanya sukan!

sekiranya diamati,dengan perkembangan ini,wawasan kerajaan untuk menjadikan sukan itu sebagai industri akan menjadi kenyataan.saranan yang dibawa olih menteribelia dan sukan bagi merealisasikan hakikat ini dengan kerjasama semua pihak akan membuahkan hasil lumayan. kerjasama kerajaan, dengan sokongan padu dari kalangan kakitangan kerajaan, sekurang-kurangnya di peringkat awalan dan swasta mampu menjadikan sukan sebagai satu industri berdaya saing yang mantap di negara ini.

peranan semua dan pelbagai pihak harus bergerak seiring dan selaras dengan pembangunan sukan.sememangnya negara kita belum mempunyai data dan maklumat lengkap dalam bidang ini. tetapi hakikatnya sudah wujud,masih belum terkumpul kemas di bawah satu agensi yang sepatutnya. langkah dan usaha ke arah itu harus dipergiatkan. bahkan penubuhan bahagian industri sukan di kementerian belia dan sukan merupakan tindakan positif dan terpuji dalam mempercepatkan proses ini.bahgian ini akan menjadi peneraju pembangunan industri sukan sebagai penjana utama ekonomi negara.sekurang-kurangnya, bahagian ini boleh berperanan sebagai 'one stop agency'dan berperanan bagi mengembelingkan usaha ini.

lanjutan kepada perkembangan ini,memajukan sukan hendaklah kena memajukan penyokong. ini bermakna,setiap bidang dan jenis sukan sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri.contoh paling ketara, dalam pertandingan akhir piala FA nanti kita dapat saksikan betapi penyokong pasukan kelantan dan terengganu akan berpesta mengikuti dan menyokong pasukan masing masing.pasti lautan para penyokong dan peminat akan berada di stadium shah alam atau stadium nasional nanti.

pasti kita dapat lihat perkembangan industri sampingan di sini. ambil saja, contoh penjualan segala jenis barangan dari kedua kedua pasukan seperti t-shirt, kain lilit kepala,dan segala macam berkaitan dengan bolasepak. inilah salah satu dari industrinya. mesti peminat dan penyokong kedua pasukan, selain memakai dan membeli untuk menunjukkan sokongan padu pada pasuakan masing masing,ianya adalah impak besar dan mampu memberikan anjakan kepada peluang perniagaan. ini lah impak dan ini lah antara ciri ciri dalam mengindustrikan sukan.

maka, mana munkin sukan bolasepak boleh berkembang tanpa peminat tanpa penyokong.kepentingan peminat adalah juga penggerak kepada industri itu sendiri. kehadiran peminat, menghadirkan elemen industri. aktiviti sampingan pasti akan menjadi lebih menarik. ia bukan kepada pertandingan dan perlawanan itu semata mata.boleh dilihat bahawa hidupnya industri bersama peminat. ia akan dapat merubah suasana dan langsung atau tidak menghidupkan industri itu sendiri. peminat menggerakkan industri, pengangkutan, hotel dan tempat penginapan, pengangkutan dan lain lain. perkara ini akan berjalan serentak.

sumbangan industri sukan, bersama peminat mampu menambahkan pendapatan negara.melalui kerjasama pelbagai pihak, kerajaan dan swasta, diyakini mampu merealisasikan wawasan menjadi sukan sebagai satu industri baru di negara kita. kita sama-sama bolih melihat akan perkembangan ini.dan ianya pasti memberikan pulangan serta keuntungan pada semua pihak.

Saturday, May 21, 2011

amalan budaya sihat,mantapkan perpaduan dan menjana ekonomi!!!

aktiviti riadah memang menyihatkan badan. setiap dari kita mempunyai keminatan yang berbeza. bersukan pula memang menyeronokkan. bersukan dan bertanding dalam acara acara sukan samada di peringkat kebangsaan maupun dunia, pastinya merupakan bidang ahli sukan.ini juga antara elemen yang boleh meletakkan nama negara di mercu tanda. dan bersukan sebagai riadah pula, tuntutan semasa bagi mendapatkan tahap kesihatan tubuh badan.
bersukan juga merupakan saluran yang boleh merapatkan persahabatan. boleh mendekatkan hubungan. mampu menjadi penghubung perpaduan, khususnya dalam negara kita. memang dengarnyamacam perkara biasa tetapi ianya adalah lebih dari itu. perpaduan dapat dipupuk melalui bersukan.
didapati tren semasa, sekarang salah satu aktiviti riadah yang sedang meletup dan menjadi popular ialah berbasikal.sekiranya diikuti perkembangan, peminat sukan berbasikal telah meliputi dan meresapi hampir kebanyakan dari warga kita. tidak kira kaum. kalau diperhatikan, setiap hari hujung minggu, terutama hari ahad,terdapat di merata tempat yang berkayuh. ada juga dilakukan secara berseorangan. tetapi, ramai juga yang diadakan secara berkumpulan.lihat saja, di mana mana tempat yang sesuai dengan aktiviti berbasikal. sungguh membanggakan. apatah lagi ianya dapat menyumbang ke arah warga sihat di negara kita. berbasikal,samada dilalui biasa jalan raya aau menggunakan laluan berbukit. semuanya sungguh menarik.
kemenarikan ini sebenarnya, secara tidak langsung juga dewasa ini, telah tercipta amalan budaya sihat.satu kejayaan kempen oleh kementerian kesihatan.kempen membudayakan budaya sihat melalui aktiviti bersukan.yang menjadi lebih menarik jua melalui aktiviti berbasikal ini juga, telah dapat dilihat akan wujudnya budaya ke arah menjalin hubungan yang lebih mesra di kalangan pelbagai kaum di malaysia. ini juga merupakan impak dari kempen mempereratkan perpaduan dari jabatan perpaduan dan integrasi nasional. boleh dilihat, semsa berbasikal...menjadi medan pertemuan dengan semua peminat basikal. dan perkembangan ini, sememangnya yang dimahukan bagi memantapkan perpaduan kita.
keseronokan berbasikal dan berkayuh, juga turut hadir dan kesan dari penganjuran sukan berbasikal.memang tidak dapat dinafikan bahawa, melalui penganjuran lumba basikal lebuhraya anjuran kementerian belia dan sukan dengan kerjasama persatuan kebangsaan basikal malaysia telah membawa satu tren baru. melalui penanjuran jelajah malaysia dan le tour de langkawi, impak dan kesan positifnya telah mula dirasai sekarang.
minat kepada sukan berbasikal, turut dikembangkan dengan pencapaian yang cemerlang atlet negara di peringkat antara...kemenangan azizul hasni awang dan anuar manan, sekadar disebut nama mereka. pencapaian azizul dalam acara trek dan anuar manan apabila menang satu peringkat semasa penganjuran ltdl 2010 dulu, telah menyemarakkan sukan berbasikal di kalangan masyarakat sekarang.
justru, sememangnya diketahui, melalui sukan, dan dalam hal ini, sukan berbasikal bukan sahaja mampu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi juga berjaya menghidupkan amalan budaya sihat dan membantu dalam merapatkan perpaduan. perkembangan ini, dijangka akan berterusan dan membolehkan semua elemen ini digabungkan dan sekali gus memberikan manfaat kepada negara.
apatah lagi, dengan percambahan dan pertumbuhan minat ini, samada secara langsung atau tidak telah bersama sama menjayakan wawasan dan visi untuk menjadikan sukan itu sebagai industri.dan sememangnya, perkembangan pesat ke arah itu sedang bergerak pantas ke arah itu. pertumbuhan kedai basikal bukan sahaja menmberikan peluang perkerjaan tetapi juga akan memberikan impak ekonomi, kepada negara.
maka, sukan berbasikal telah mencapai matlamat pelbagai. amalan budaya sihat, mengeratkan perpaduan dan secara langsung mampu menggerakkan perkembangan industri sukan itu sendiri. di sini, sekiranya pehak bertanggungjawab memberikan sedikit pemerhatian dan turut bersama sama menggembelingkan tenaga dan usaha, maka apa yang direncanakan mampu dijadikan kenyataan. hanya melalui sukan berbasikal !!!

Wednesday, May 18, 2011

sejarah pembentukan negara - dilupai ?

pembelajaran sejarah tanah air sangat perlu. penting diselusuri oleh setiap warganegara malaysia. tanpa memahami sejarah tanah air, sememangnya akan membawa kepada buta sejarah. umpama mereka yang tidak mengenali warna @ kabur warna @buta warna. ini bukan penyakit tetapi datang dari keturunan. boleh semak dan tanya doktor mata akan perkara ini. saya rasai akan kesukaran ini. sama jua dengan sindrom tidak memahami sejarah. tidak kenal sejarah. perkara ini, sentiasa menjadi bahan perbincangan. kadang sangat serious dan ada kalanya telah tidak mendapat perhatian. sejarah itu benda mati. beku. sudah berlaku.itu lah sebabnya ia nampak macam tidak mustahak. malah kekadang dianggap sebagai tidak punyai nilai komersial.
berdasarkan atas sifat kpentingan sejarah ini lah, ianya sering menjadi topik hangat. menjadi isu.
kepentingannya, memang tidak dinafikan. negara bangsa yang mengenali sejarahnya, pasti berjaya dan mampu meletakkan negara di tempat yang tinggi. tidak kurang nya dengan negara kita. hanya, akhir-akhir ini, telah muncul pemikiran yang mempertikaikan sejarah negara. tentang bagaimana proses pembentukan negara dibuat, dirangka dan dipersetujui. dan kemudian dari itu, negara kita mencapai kemerdekaan.
pelbagai isu bermacam perkara telah diperbincangkan, menjelang pembentukan negara bangsa malaysia. sebelum dan selepas, memang telah menjadi sejarah. hakikat ini yang sangat wajib diketahui dan dipelajari semula. mengambil iktibar akan kepentingan sejarah ini, maka raja perlis, bertitah sempena sambutan ulangtahun raja perlis ke 68 semalam bahawa isu agama dan kontrak sosial tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan kerana ia asas pembentukan negara.

Tuesday, May 17, 2011

sukan itu industri...

petang ini, minda sejahtera tersasar sedikit fokus. mungkin malam tadi, ada melihat siaran langsung perlawanan bolasepak kelantan - selangor. memang seri, dah tau dan kelantan akan bertemu trengganu dalam perlawanan akhir nanti.ok la tu, ada menang dan ada kalah. tetapi, ruangan ni tidak mau bercakap pasal perlawanan itu.

namun fokus juga akan bertumpu kepada sukan, semua jenis sukan, yang menjadi sukan popular tanah air. ini lah antara ramuan nanti akan mencorakkan perkembangan sukan itu industri. memang negara maju telah lama mencapai tahap gemilangnya dalam menjadikan sukan sebagai industri. memang, di negara kita jua, telah banyak tulisan dan kajian berkaitan dengan perkara ini. hanya perlaksanaannya sahaja masih belum menyeluruh. pemain pemain industri sukan masih tidak ramai tetapi memang sudah ada. memang ianya telah pun menjadi satu aktiviti perniagaan yang menarik dan lumayan.sedang berkembang.

merealisasikan wawasan menjadikan sukan sebagai industri, memang saperti yang telah diumumkan, bahawa tahun 2011 malaysia diwarwarkan sebagai tahun industri sukan. walaupun kita belum punyai data dan maklumat lengkap, tetap ianya sedang diambil tindakan untuk dipergiatkan.sekurang-kurangnya, di peringkat kementerian belia dan sukan telah diwujudkan bahagian industri sukan. berperanan sebagai pemudah cara bagi merealisasikan program ini. di peringkat awal ini, bahagian industri sukan boleh berperanan menjadi 'one stop agency' bagi menyelaraskan semua perkara berkaitan.

walaupun sekarang ini, hasil dari sumbangan industri sukan masih belum dapat diukur secara tepat, tentang kadar dan nisbahsumbangan kepada keluaran dalam negara kasar, melalui usaha dan gembelingan tenaga dari plbagai pehak, samada kerajaan maupun swasta, dijangka akan dapat dicapai tidak lama lagi. dengan usaha dan tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan, tidak mustahil dalam jangka terdekat, sukan dan industri berkaitan akan dapat menjana dan menyumbang kepada ekonomi negara. sama sama kita berkerja mencapai wawasan ini dan penglibatan semua pihak akan tambah menyemarakkan lagi potensi dan peluang menjadikan sukan sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.

dengan izinnya, munkin dikesempatan yang mendatang, akan dituliskan perkembangan - yang membantu ke arah menjadikan sukan sebagai industri. ianya memang menarik, dan bakal mendapat perhatian dari semua pehak.

Sunday, May 15, 2011

belia pemangkin transformasi ...harapan negara...

saban tahun, pada tarikh ini, khalayak belia diberikan penghormatan. hari ini, khusus untuk mereka untuk bukan sekadar disambut tapi juga bagi melihat sejauh mana belia kita akan dilihat boleh memikul dan bertanggungjawab, nantinya untuk meneruskan perjuangan negara malaysia tercinta. dalam perutusan terbaru sambutan hari belia negara, perdana menteri, meletakkan harapan sangat tinggi kepada khalayak belia. dato najib kata, golongan belia mencerminkan harapan masa depan negara,dan belia adalah penting untuk masa depan negara...the best hope for the nation's future.
selamat menyambut hari belia.memang semua sedar dan tahu, khalayak belia, merupakan tonggak harapan masa depan negara, pastinya akan mewarisi tampuk negara masa depan.belia aset bernilai buat masa kini dan masa depan.semua mereka muda belia dan berwawasan. itu lah, belia harapan kita dan merupakan barisan hapadan negara. suka tak suka, ini adalah hakikat yg tidak dapat tidak mesti diterima dan diakui.
sambutan hari belia tahun 2011, bertemakan 'belia pemangkin transformasi'. sungguh tepat dan dilihat sangat gah. oleh itu, selaras dengan hasrat kerajaan membina genarasi belia, para khalayak belia kena mengambil perhatin yang sangat serious. anda adalah masa depan negara. jatuh bangun, molek tidak negara kita semua ini tertanggung di bahu anda.
mendepani dalam menjuruskan belia, untuk masa depan, rasanya semua pehak, tanpa meletakkan fahaman sahsiah dan siasah sebagai alasan, hendaklah menggembelingkan tenaga ke arah itu. semua dari pelbagai pehak hendaklah sama sama berkerja bagi meletakkan acuan yang baik sesuai untuk belia masa kini meneruskan kesinanbungan negara nanti. acuan yang disediakan hendaklah selaras dengan apa saja berkaitan dengan belia. jati diri, semangat patriotisme, semangat suka membantu, tolong menolong, bekerjasama dan perpaduan adalah antara rempah ratus yg tidak boleh dibiarkan bertaburan. kena gembeling dan di adunkan menjadi satu juadah yang sangat sedap dan digemari seluruh khalayak dalam negara ini.
ke arah mencapai wawasan ini, dengan kepastian bahawa negara masa depan adalah tanggung jawab belia masa kini,pembikin acuan untuk membentuk belia bagi masa hadapan hendaklah, mengadakan program yang lebih memberikan 'kesan dalaman' kepada minda khalayak belia itu sendiri. tidak hanya semata-mata berlandaskan 'konsep hoorey hoorey' semata.
memang kalau diteliti dan diperhatikan, banyak sudah program ke arah menjadikan belia sebagai lebih berketerampilan. tetapi, tidak lagi menjadi budaya yang kuat dalam membena jatidiri mereka. mungkin ada pandangan dan pendapat yang berbeza dalam perkara ini.itu satu kepastian. penyediaan program, memang banyak dan pehak berwajib telah dan sedang membelanjakan banyak peruntukan. memang bagus. cuma apa yang dapat dilihat, apakah semua itu meresapi dalam jiwa raga seluruh belia. dan dalam hal ini, ada pula pendapat yang cuba mengatakan bahawa memang tidak akan dapat memenuhi kepuasan 100%. betul. mana boleh kita nak hasilkan 'zero defact'. perkara ini, pasti kalau dibawa berbincang akan tidak putus dan tidak akan menemui titik noktah.
paling mudah, tetapi hakikat sebenar tersangatlah payahnya, untuk katalah menbina jatidiri di khalayak belia. mudah dicakap tapi sukar dibikin. bagaimana agaknya kita boleh mempastikan hampir kesuluhan belia kita dapat dibentuk jatidiri yang kental. ianya perlu melaui proses berpanjangan. kesedaran dan unsur keterbukaan minda mereka juga perlu diberikan perhatian.nanti ada pula beranggapan, sekiranya dilihat dari penyertaan belia yang ramai dalam satusatu program, maka kita sudah boleh berbangga bahawa mereka sudah bersama kita. keadaan ini, hanya boleh dinilai bahawa sebahagian apa yang difikir untuk dilaksanakan telah tercapai.
dengan jumlah populasi belia masa kini melebihi 9 juta (munkin angka tidak resmi), merupakan aset sangat bernilai untuk negara. masa depan mereka masa depan negara sedang dicorakkan warnanya sekarang. olih itu, dalam proses mencorak warna ini lah sangat perlu sokongan semua dan dari pelbagai pehak. meliputu kerajaan dan juga swasta. sama sama berkerjasama ke arah menjadikan khalayak belia kita terus maju dan berketrampilan dalam pelbagai bidang. sebut apa saja..semuanya mebanggakan kita.
manakala pehak terlibat dengan pembangunan belia hanya berperanan semata mata, sebagai fasilitator sahaja, dan hanya membantu untuk memudahkan cara sahaja.selebihnya, adalah terletak di bahu khalayak belia itu sendiri.hatta, fasilitator sekadar berperanan untuk menyiapkan juadah sahaja, memang sedap, siap terhidang untuk dimakan; tetapi sekiranya mereka tidak mahu makan atau memilih makanan lain, apa lagi yang mampu dilakukan. maka disinilah, pembentukan jatidiri meliputi segala, hatta jiwa dan raga, rohani dan jasmani.
pembentukan dan acuan bagi belia juga harus kita tidak lupa untuk memerah fikiran bagi mengembalikan kegemilangan belia. perkara ini, harus mampu dilaksanakan melalui gerak kerja kesukarelaan. memang sudah dibuat, tapi tidak seberapa. mau tidak mau, apa usaha semua bagi menghidupkan semula budaya kesukarelaan ini. masih releven kah kita dengan kerja kerja sukarela dengan hasrat menabur bakti tanpa didorong oleh wang ringgit. hakikat ini, semacam agak lembab dan sesekali lebih dilihat sebagai lembab dan hambar. apatah lagi kalau kita mau melihat, peranan belia dalam membantu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan.
pengelaman mengajar kita. dan kita tidak boleh membandingkan keaktifan belia masa dulu, 20 atau 30 tahun dulu. sangat berbeza dan lain sangat.masa dulu, belia dan kegiatan belia aktif dan tidak sangat mengharapkan bimbingan dan panduan, semua bergerak atas daya usaha sendiri di kalangan mereka saja. hatta, perdana menteri pertama kita turut memegang portfolio belia sewaktu mula merdeka dulu. ini sudah menjadi tawarikh. tetapi ym tunku abdul rahman, selaku perdana menteri memang mempunya pemikiran dan berpandangan ke depan. maka dilihat belia itu sebagai aset penting dan sangat diperlukan negara, maka ianya mampu meletakkan kedudukan, hingga ke masa kini.
justru, peranan tanggung jawab wawasan jati diri patriotisme keilmuan dan segala adalah menjadi tagihan negara kepada khalayak belia masa kini. dengan memilik kepandaian dan kepakaran yang pelbagai, maka negara meletakkan harapn sangat tinggi kepada mereka. dan dengan panduan dan bimbingan tunjuk ajar, maka, di bahu khalayak belia lah terletaknya masa depan negara. maka itu jua lah, selaras dengan tema sambutan hari belia 2011, belia pemangkin transformasi, sungguh sesuai dan merupakan salah satu perkara yang mesti digarap dan difikir serta dilaksanalan bersama olih khalayak belia dan kerajaan. jadi, apa lagi sepatutnya khalayak belia maukan. mari lah kita gembeling tenagabuah fikiran dan apa saja, supaya dapat menjamin masa depan negara, yang bakal menempuhi pelbagai suasana yang tidak kita dapat gambarkan. cuma apa yang penting, semasa yang tua masih mampu bersama maka marilah kita khalayak muda bersama sama membina negara, negara malaysia, yang tercinta, yang pastinya khazanah yang tidak ternilai harganya. selamat menyambut hari belia 2011.

Thursday, May 12, 2011

perpaduan - adalah khazanah kita

mutakhir ini, pandangan khalayak kita didendangkan dengan berita berkaitan dengan isu yang sensitif. ianya berkaitan dengan kedudukan agama Islam. dilapur bahawa terdapat usaha yang mahukan agama kristian dijadikan sebagai agama resmi. tidak menjadi minat untuk tulisan ini mencerakinkan perkembangan ini. cuma apa yang dimahukan adalah untuk tidak mau perpanjangkan isu sensitif ini. apa yang terasa dihati adalah untuk melihat supaya isu sebegini tidak menjejaskan kita. memang isu ini telah kemas dan termaktub dalam perlembagaan kita. tidak harus diperkatakan lagi, apalagi mau mengungkitnya. menjaga keluhurannya pula adalah menjadi tugasan institusi parlimen dan raja raja melayu. perkara ini tidak munkin tercabar. islam adalah tetap sebagai agama resmi dan lain lain agama dibenarkan dianuti dan tidak dihalang.
apa yang menjadi perkara utama sekarang, sebagai negara yang berbilang kaum dan keturunan ialah ialah bagaimana munkin kita bersama sama menjaga keharmonian dan perpaduan bagi membawa negara menghadapi hari hari mendatang. di sini lah, perkara yg menjadi keperluan semua warga. tanpa mengira perbezaan kauam dan agama serta adab resam. perkara ini sangat perlu diberikan perhatian. perlu dibajai supaya kekal subur dan dapat dituai hasilnya sampai bila bila pun.
mari kita sama berpakat menjadikan perpaduan sebagai asas supaya tidak berlaku sebarang perkara yang semuanya merugikan negara. memang tidak salah untuk mempertahankan adat dan budaya masing masing tetapi tidak pula bermakna dengan yang telah dibentuk dan dipersetujui dulu dulu itu terpaksa di ungkai semula. dan perbuatan ini, sebenarnya untuk apa.
setelah kita membena negara kita, dengan aman damai dan penuh keharmonian, jadi sebenarnya apa lagi yang dimahukan.masih tidak puas kah dengan apa yang sedang dinikmati sekarang. tak cukup kah dengan keadaan yang sedia ada. sesungguhnya, atas nama dan kepentingan keharmonian, dan hidup aman damai, apakah lagi perlu isu sensitif ini dipermainkan lagi.
adalah sangat tersasar sekiranya, dengan perkembangan ini, sekiranya ada khalayak yang bertanggapan perlu mendabik dada untuk menegakkan perasaan hati masing masing, rasanya adalah sangat tidak wajar. apakah laba dan untungnya dengan mendendangkan lagu ini. apakah atas alasan kemungkinan hak bersuara sudah menjadi lebih baik, maka terpaksa menghidupkan dendangan lagu yang belum pasti akan dapat dinyanyikan kemudiannya. rasanya semua kita saban hari melihat, dari pengelaman luar tentang betapa tidak tenteram dan tidak amannya apabila berlaku kekacauan. apatah lagi ianya adalah berpunca atas dasar agama. impaknya, amat parah dan membawa padah.
semua khalayak tahu dan faham, tetapi sebagai imbasan, dalam fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan Islam sebagai agama resmi dan agama agama lain bebas dianuti. semua sudah termaktub dan diterima pakai. semuanya sudah ok, diterima oleh semua kaum, tidak menjadi isu. hanya kekadang sengaja ditimbulkan untuk dijadikan isu atas munkin sebab tertentu. itu pun tidak berlarutan dan tidak menjejaskan kesejahteraan kita.
justru, untuk kononnya bercerita, sekadar mau sensasikan suasana, meminda perlembagaan mengenai status agama resmi tidak semudah yang munkin boleh diucaptuturkan. ianya tidak boleh dilakukan sembarangan dan sewenang wenangnya. perkara sebegini mesti dengan kelulusan parlimen dan mendapat perkenan Majlis Raja Raja.
atas dasar perpaduan, keharmonian negara, adalah sangat tidak molek malah tidak ada kewajarannya untuk mendendangkan isu ini. dan kiranya, ada, untuk apa sebenarnya. walaupun alasannya, kita semua tidak wajar untuk membangkit perkara seumpama ini. mungkin ada yang beranggapan ianya sebagai sekadar satu perbincangan. kendatipun begitu, hendaklah diambil ingatan bahawa membincangkan nya juga hendaklah dan mesti dengan sangat berhemah dan penuh bijaksana. rasanya sangat terlewat kalau api sudah mula marak dan membesar. mau dijaga adalah semasa masih kita boleh gunakan tugas api seumpama masa kita memasak. itu pun, apa yang dimasak akan menjadi hangit, sekiranya kita tidak mengawalnya.
maka, perpaduan dan keharmonian yang dirasai bersama oleh semua, sebagai satu khazanah yang berharga, yang sangat bernilai dan tidak ada tolok bandingnya. perpaduan yang kita miliki sekarang hendaklah dijaga, dibajai dan sama sama mengawalnya. antara kawalan bagi membajainya telah dimaktubkan jua dalam rukun negara, sebab dengan pupukan semangat inilah, telah membawa kita hingga ke tahap ini. semua nya sedang memberikan hasil yang sangat lumayan. dan sememangnya, buah yang ditanam, walaupun hasilnya dari pokok yang sama adalah kala buah nya manis dan ada juga yang masam.

Sunday, May 8, 2011

mantapkah integrasi kita ?

memang sudah tersangat lama tidak berada di laman ini. alasan hanya kerana tidak cukup waktu. sebenarnya, itu pun tidak tepat. hanya di atas kealpaan sendiri dan tidak punyai buah fikiran untuk dikingsi bersama walaupun, terdapat pelbagai isu yang boleh dicatatkan.
setelah begitu lama tidak mencatat sebarang nota, sekurang-kurangnya untuk simpan sendiri, sekali lagi terdetik mau menelusuri akan kepentingan perpaduan bangsa malaysia. memang kita semua merasakan perpaduan untuk terus menguasai benak fikiran kita. kekadang, tanpa disedari, ianya telah berubah. pelbagai demensi bila kita berbicara akan hal ehwal isu sebegini. tersilap kata, tersilap jangkaan kita akan mendapat bala.
hanya sekadar mengingati semula, cerita lama, sewaktu masih aktif dalam berkerja sebagai kakitangan awam, tidak pernah lekang dari bual bicara penulis supaya dalam kita mengejar arus pembangunan dan ke arah mencapai wawasan yg telah ditetapakan, supaya para pembikin peraturan agar tidak melupakan supaya kerja-kerja merapatkan hubungan jurang yang wujud di kalangan para orang muda, khus meraka yg dalam gulungan belia. tahap umur takrifan belia dinegara kita adalah mereka yang berumur dari 18 hingga 40 tahun.
sewaktu, dulu dulu, tumpuan kepada gulungan ini adalah sering menjadi keutamaan. tidak dibiarkan begitu sahaja. dan dengan beranggapan begitu, tidak juga penulis mengatakan dewasa ini kalangan belia tidak diberikan keutamaan dan perhatian. sememangnya adalah sangat jauh beza nya berbanding dengan semasa dulu dulu. sekarang lebih mendahului segala.
cubaan terbaik, sekarang dengan menjadi usaha untuk sambutan hari belia, yang akan dirayakan,tidak lama lagi, yakni pada pertengahan mei ini nanti. dengan tugasan menggerakkan 'himpunan satu juta belia' dilihat sebagai satu tindakan wajar. bagus. bertepatan dengan wawasan bagi mendekati gulungan belia. malah ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang bekerja keras merealisasikan himpunan ini. kita boleh lihat nanti. semua program dan susun atur ke arah itu sudah difikirkan serta dengan mungkin perbelajaan juga agak setimpal dan diyakini tidak akan ada cacat celanya, dan sekiranya ada, harus boleh diatasi dan diperbaiki. apatah lagi sambutan ini diadakan secara perkongsian pintar, antara pehak swasta dengan kerajaan. ini lebih melengkapakan wawasan yang hendak dicapai.
sepanjang melihat persiapan rapi, menyambut hari belia ini, hanya sekadar meletakkan pandangan lama untuk dilihat, kalau ada unsur kesinanbungan nya dengan apa yang sedang dirancangkan. dalam keseronokan melahirkan perayaan ini, mungkin telah diperuntukan berbagai program untuk hidangan semasa berlakunya perayaan tersebut. apakah boleh kiranya, kita turut memberikan kefahaman tawarikh kita sebelum kita berada di tahap yg sedang dinikmati sekarang. memang la, tawarikh sudah tidak menjadi perkara utama tetapi harus diberikan semula, maknanya dihidupak semula agar kalangan khalayah yg baru ini akan turut dapat memahami dan boleh berbangga dengan apa yg kita ada. sememangnya, kefahaman akan tawarikh kita, tidak sesuai untuk dibawa semasa perayaan ini. tetapi sekurang kurangnya, ada aktiviti yang berunsur ke arah itu. dan saya yakin, malah pasti akan dihidangkan jua. mendalami dan menelusuri peristiwa tawarikh kita dari mula sampai kini sangat perlu. memang tawarikh itu tidak pernah berbohong tetapi dalam banyak hal, tawarikh kekadang dipergunakan. itu pun, tidak mengapa, sekiranya khalayak muda tetap memahami akan tawarikh kita.
pengelaman sendiri, sejak se awal 1980an telah mengemuka dan tidak henti mengenengahkan supaya tawarikh kita diperkembang giat sampai bila bila.tapi yang pasti ada pasang surutnya. penerimaan ke arah itu kekadang menurun dan apabila keadaan memerlukan diperkatakan semula. tetapi tawarikh tetap tidak berubah kecuali ada yang cuba untuk merubahkannya. sehubungan dengan perkembangan ini, apakah kita telah mantapkan perkukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan khalayak muda, meliputi dan merangkumi seluruh negara. khalayak muda kita dari semenanjung, sabah dan sarawak kena diperearatkan. pisahan laut cina selatan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam proses pembinaan mengutuhkan perpaduan. pastinya, mereka adalah bakal menerima tanggungjawab, suka tidak suka nanti akan meneruskan perjuagan menegakkan negara bangsa di masa depan.
ke arah tugasan ini, apakah kita sebenarnya telah menyediakan para muda ini ke arah itu. setakat mana kita telah dapat melihat hasilnya. apakah kita, yang terdiri dari pelbagai latarbelakang mampu untuk bersama sama mempertahankan negara. kalau ya, boleh kah kita uji. sekurang kurangnya melalui apa saja gerak kerja yang menjurus ke arah itu. apatah lagi, kita sekarang telah tidak ada lagi unsur unsur seperti sebelum ini, ancaman dari parti komunis malaya. kita kena ada sasaran supaya dapat digembelingkan tenaga muda mereka supaya dapat menzahirkan kekentalan jiwa raga mereka.
apakah kita telah berjaya membajai jiwa raga muda kita supya sentiasa dalam keadaan siapsiaga mengahdapi segala rintangan yang mengancam keselamatan negara. mungkin ada kalangan kita beranggapan bahawa idea ini sudah lapuk. tetapi kita juga harus melihat dan menilai akan apa perkembangan serantau kita, apakah kalangan muda mereka alpa dan tidak dalam keadaan siapsiaga?.