Thursday, July 2, 2009

ketahanan nasional orang muda

/harus menjadi agenda utama..baik awam maupun swasta.



belia aset penting negara. teramat tinggi nilainya. ianya merupakan sumber dan potensinya sangat besar sebagai penyumbang kpd kesinambungan dan kelangsungan masa depan negara. mereka adalah pewaris negara. mereka juga akan bertindak menjadi penghubung kepada yang sedia ada. bermakna bahawa belia pasti, bila tiba masanya, suka atau tidak akan mengisi kekosongan dan mengambil alih peranan meneruskan kesinambungan negara kita. justeru, ukuran dan keadaan masa depan negara akan dapat dinilai daripada keadaan semasa kalangan belia kita. samada terus cemerlang dan maju jaya atau pun sebaliknya.




bagi mendapatkan keadaan ini, supaya wawasan kita untuk bergantung harap pada mereka, maka langkah wajar hendaklah diusahakan. kerja kerja menyedia dan menggarap harus tidak putus dilakukan. tumpuan harus diberikan kepada usaha membawa, membena dan menjuruskan agar kalangan muda - merangkumi semua tanpa mengira perbezaan etnik hendaklah diberikan perhatian khusus dan berterusan. bagi menyediakan masyarakat belia, pehak kerajaan dengan tidak henti henti terus melaksanakan pelbagai langkah bagi menggarap ke arah menyediakan landasan yang sepatutnya.




oleh itu, negara menghendaki semua belia yg berpengetahuan, punyai nilai-nilai murni, berkemahiran, menghayati gaya hidup sihat dan berkemahiran meningkatkan jaringan yg memampukan mereka turut berhubungan diperingkat antarabangsa.
selaras dengan kepentingan inilah, maka segala usaha langkah samada dari pehak kerajaan maupun awam hendaklah bersama menggembelingkan tenaga fikiran supaya berjalan seiring dan pembentukan minda hendaklah sentiasa terarah kepada: membina kesedaran terhadap kepentingan mempertahankan negara - samada ancaman dari dalam maupun luar; melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk mempertahankan negara dan memberikan kemahiran asas menyusun gerakan mewujudkan barisan pertahanan di kalangan masyarakat belia.




membina kesedaran terhadap kepentingan mempertahankan negara: semuanya harus memiliki semangat patriotisma yang kental dan bersatu padu menyokong perpaduan....suntikan semangat, secara berterusan.........



...belia hendaklah memahami konsep 1malaysia dgn memahami dan menghayati nilai nilai murni berlandaskan rukunegara...belia adalah gulongan sasar yg diutamakan bagi membawa dan membena mengembangkan agenda pembangunan negara...



.....pemimpin sekarang, akan tiba tahap 'terpaksa berundur', atas pelbagai alasan. maka utk tidak mematikan idea idea bernas usaha perlu diteruskan bertujuan supaya jangan nantinya akan dijadikan sebab yg boleh mematikan segala percambahan dan pandangan buah fikiran belia. ide mereka hendaklah sentiasa diberika perhatian dan dinilai dgn sewajarnya.



...dalam banyak keadaan, kekadang potensi yg ada - perlu di asuh, diasah dan di garap. ini boleh dilakukan menerusi bimbingan berpanjangan melalui dokongan dan sokongan dari pemimpin-pemimpin senior. perlu juga kiota selami perasaan dan sikap kalangan org muda-muda, apabila idea, yang bernas dari cetusan rasa mereka dilayan sememangnya dan pasti akan menimbulkan suatu 'kepuasan'. keadaan ini pasti akan membuak-buakan keterujaaannya....suasana ini perlu berterusan.



perkara ini memerlukan kemahiran berpikir. ianya perlu diasuh dan sekiranya tanpa bimbingan dari pehak yang lebih senior, idea bernas sedia ada itu akan layu. maka bagi melancarkan perkembangan pemikiran yg belum beracuan yg sempurna, hendaklah ianya hendaklah diberikan acuan yg sepatutnya... melalui acuan yg baik. katakanlah, sekiranya minda yg diasuh itu dlm keadaan yg liberal akan melahirkan belia yg liberal sifatya. walaupun keadaan ini tidaklah merupakan sesuatu yg rigid. sepatutnya pembentukan minda belia kita, yang merangkumi dlm pelbagai etnik maka acuan utama hendaklah melalui penghayatan terhadap konsep rukunegara. >>>>>>>>> penghayatan pada rukunegara hendaklah diutamakan sejak di peringkat awalan sekolah lagi. tanpa menghayati konsep rukunegara, mana mungkin kita nak bentuk belia-belia kita ??



jatidiri...perlu asuahan/didikan...minda yg mau terbuka////



semanagat itu hendaklah dipupuk...maka lahirkan kepentingan org muda ini dlm masyakat nya terlebih dahulu....inculcate/ menyerapkan....ide yg harus melangkaui pahaman politik....













Wednesday, July 1, 2009

kontrak sosial - pelengkap perpaduan dan integrasi nasional

Kontrak sosial – akhir-akhir ini antara isu panas diperbincangkan. Ianya bersifat sejarah silam yang perlu diulangkaji/dipelajari semula. Perbincangan mengenainya menyentuh persoalan ketuanan Melayu, sebagai bangsa asal yang membentuk kerajaan sebelum mencapai kemerdekaan.
Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih samada secara bertulis atau lisan. Contoh jelas mengenainya ialah Piagam Madinah – perjanjian antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang diilhamkan oleh Nabi Muhammad SAW, mengandungi 47 pasal yang dipersetujui dan sekali gus Negara Islam pertama di dunia terbentuk.

Di Malaysia, kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India, dan pada hari ini merangkumi kaum Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Tujuan kontrak sosial:
a. Untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing.
b. Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
c. Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan
d. Memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada jenerasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Kontrak sosial merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa perjuangan kemerdekaan – dalam perlembagaan merupakan penggantian beri memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 – 18 berkenaan pemberian kewarganegaraan Tanah Melayu kepada kaum imigran bukan Melayu, dan Perkara 153 – memberikan hak istimewa kepada rakyat Melayu/bumiputra. Isu ini diperbincangkan, sebab:
a. Kurang kefahaman sebilangan rakyat Malaysia mengenainya
b. Kurangnya usaha memberikan kefahaman dan penerangan
c. Salah faham mengenai konsep ini
d. Mungkin pendekatan memberikan penerangan/pefahaman mengenai konsep ini tersasar/salah/tidak tepat

Perlembagaan dan kontrak sosial perlu dihormati oleh semua rakyat Malaysia – yang berbilang kaum, keturunan, agama, kepercayaan dan budaya. Perlu paling saling hormat menghormati. Sejarah Negara tidak boleh direka reka. Justru, semua rakyat mesti memahami dan menghayatinya tanpa mengira apa-apa kecondongan/kelainan/berbeza pendirian, parti politik umpamanya.
Konsep Ketuanan Melayu – tidak sekali-kali membawa konotasi perhubungan ‘tuan’ dengan ‘hamba’. Ianya wujud kerana hasil gambaran faktor demografi Negara dan kontrak social antara kaum menjelang Negara mencapai kemerdekaan. Isu diperdebat/dikaitkan dengan kontrak social/Ketuanan Melayu ialah Perkara 153 – memaktubkan hak-hak istimewa orang Melayu, merupakan satu-satu bukti ketuanan Melayu dalam kontak politik realiti di Negara kita.
Kaum bukan Melayu sering mempertikaikan kontrak sosial – padahal perjanjian yang tidak didokumenkan itu dibuat bagi mengiktiraf kewarganegaraan imigran yang berminat selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kepada bukan Melayu, yang ingin tinggal tetap mereka membuat pengakuan kepada orang Melayu melalui pemimpin Melayu bahawa mereka akan sentiasa sedar dan insaf bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Negara ini dan sejak dari sekian lama dulu. Hak keistimewaan orang Melayu yang sering dipersoalkan:
a. Agama Islam
b. Bahasa Melayu
c. Kedudukan raja-raja Melayu
d. Adat resam/budaya Melayu
e. Tanah rizab Melayu

Gagasan 1Malaysia
Kebetulannya pula YAB Perdana Menteri mahukan penerapan konsep 1Malaysia: antara lain hendaklah memupuk perpaduan dalam kepelbagaian – pendekatannya memerlukan kita lihat semula sejarah pembentukan dan kewujudan Negara bangsa bermula sebelum kerajaan Melayu Melaka sehingga lahir Persekutuan Tanah Melayudan kemudian Malaysia; kesejahteraan dan kemakmuran bersama; dan menghormati dan mengiktiraf hak setiap warganegara – sesuai dengan setiap peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pelaksanaannya harus tidak sama sekali dikompromikan dengan kepentingan dan kedudukan kaum Melayu apatah lagi menjejaskan akan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan atau mengubah nasib bahasa Melayu yang termaktub dalam Perkara 152.

Sesuai dengan konsep penerimaan, bermaksud walaupun rakyat pelbagai kaum, secara hakikatnya masih belum serasi sepenuhnya antara satu sama lain tetapi mereka mengamalkan toleransi dan menerima yang lain sebagai rakan yang setia. Kita harus menerima pola masyarakat majmuk di Negara kita sebagai satu kekuatan dan menerima kaum lain sebagai rakan setia kita. Dalam kenegaraan, antara yang penting rakyat hendaklah mengetahui peranan pengasas Negara seperti Tunku Ab Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Oleh itu, apabila kita tahu sejarah Negara maka kita juga tahu di mana kita berada dan apakah hala tuju Negara di masa hadapan. Berhubung dengan keadilan social, menjelaskan bahawa setiap kaum di Malaysia tanpa mengira latar belakang atau agama diberikan keadialan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang lain.

Justru, semua pihak seharusnya tidak membuat sebarang kenyataan yang keterlaluan, yang boleh mencetuskan rasa tidak senang, sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan Negara. 1Malaysia itu, diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Kenyataan yang disuarakan hendaklah tidak keterlaluan dan mesti ada had/batasannya dari segi apa yang boleh disuarakan, seperti yang telah disuarakan oleh Hindraf, sepatutnya mereka menghayati perpaduan nasional sebagai tonggak kejayaan Negara selama ini. Perpaduan kita nikmati sekarang hendaklah berdasarkan tiga paksi utama: konsep penerimaan, prinsip kenegaraan dan konsep keadilan sosial.

Menghayati perkara ini, hendaklah ditumpukan segala usaha bagi menggembelingkan perpaduan dengan genarasi muda, dengan melibatkan semua kaum dapat mengimbas semula, selain menanam semangat cintakan tanah air dengan lebih pro aktif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni yang telah sepatutnya sebati dengan masyarakat Malaysia. Harapan adalah melalui 1Malaysia ini, peningkatan kearah penghayatan lebih mendalam mengenai soal perpaduan nasional dan tidak menggunakan konsep ini oleh sesiapa untuk membuat desakan dan tuntutan yang keterlaluan dan tidak munasabah sehingga boleh mencetuskan ancaman kepada keselamatan Negara.

Meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang betapa pentingnya perpaduan Negara dan integrasi nasional dipelihara dan dikekalkan bagi membentuk satu Negara yang harmoni, setabil dan sejahtera. Menyemarakkan semangat patriotik, ketaatan dan perasaan cintakan Negara; membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum supaya menjadikan elemen sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi. Ramuan kepada pembentukan 1Malaysia, hendaklah dengan mengutamakan penglibatan warga muda/belia supaya dapat dibajai dan dipupuk dengan konsep perpaduan dan integrasi yang kental. Pendekatan ini sangat mustahak bagi mewujudkan 1Malaysia – bagi menjamin keutuhan dan kebersatuan negara Malaysia dapat dikekalkan. Bagi mencapai hasrat wawasan ini, sistem pendidikan kita hendaklah mempastikan pengajaran mata pelajaran sejarah tidak dibuat secara sambil lewa. Ianya memerlukan komitmen tinggi, kental dan berterusan dan mesti dilaksanakan melalui sistem pendidikan nasional yang terancang.