Friday, June 26, 2009

perpaduan - asas kemakmuran negara

sesungguhnya, perpaduan itu adalah asas kepada segalanya (maksud di sini ialah dalam usaha menghayati kepentingannya demi menjadikan perkara ini sebagai asas perbincangan untuk melihat negara kita akan tetap aman damai hingga bila bila) - termasuk lah antaranya berkaitan keharmonian, kemakmuran dan keselamatan negara. rasanya tidak salah sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan molek jua kiranya diberitahu serta dihayati oleh anak anak muda belia...bakal peneraju masa depan negara kita.
bersandarkan fakta tawarikh @ sejarah, 1Malaysia telah melangkah maju ke arah lebih memurnikan wawasan ini. ianya bermaksud bahawa apabila pehak wisma putra telah dilapurkan akan membuka cawangannya di negeri sabah dan sarawak. perkara ini sebagaimana diumum/lapurkan oleh Menteri Luar, Datuk Anifah Aman baru baru ini, di samping memudahkan urusan penduduk kedua negeri itu, terutama berkaitan keperluan berurusan dengan kementerian luar. gagasan ini adalah suatu perubahan yang menggalakkan dan telah mendapat respon baik dari kalangan pemimpin dari kedua negeri tersebut.
apa yg jelas dan penting ialah tindakan ini merupakan satu penambahbaikan, terutama dalam menambah ikatan kesatuan sebagai satu negara, melalui 1Malaysia. tindakan ini, sebenarnya adalah suatu yang long overdue, yang membawakan makna besar dalam kesepakatan kesatuan negara. moleknya, pasti akan membuahkan semangat kenegaraan yang lebih utuh, kuat dan bersatu.
hakikat ini merupakan asas kepada wawasan membina satu negara Malaysia yang bersatupadu yang kuat sebagai satu negara bangsa. turut menjadi cita-cita, akan dikemukakan isu-isu sebegini dengan memberikan tumpuan kepada sejarah - terutama sejarah pembentukan negara Malaysia oleh bapa kemerdekaan dulu. peranan mereka dalam membawa kita sehingga ke tahap ini adalah amat sangat dihargai.
oleh itu, pembawaan semula intisari tawarikh lama sangat berguna. apatah lagi, sejarah itu tidak pernah berbohong! perkara ini harus di ulang tayang sekerap mungkin seperti tayangan gambar tan sri p.ramlee memandang perkara ini seakan telah tidak dilihat sebagai sangat penting. bukan bermaksud untuk menjadikan isu ini sebagai bahan polimik tetapi sekadar untuk mengasah minda dan ingat mengingati tentang betapa pentingnya fakta sejarah itu tidak dilupakan begitu saja atau pun ianya dianggap sebagai tidak menjadi suatu keutamaan untuk diperkatakan.
selain dari itu, kesatuan dan perpaduan, samada antara kaum maupun dari segi kesatuan sebagai satu negara meliputi seluruh Malaysia, adalah selaras dengan konsep 1Malaysia.Ianya merupakan paksi dan menjadi sebagai akar tunjang kepada masa depan dan wawasan negara. perkara ini asas penting dalam mempastikan agar kemakmuran terus dinikmati oleh semua penduduk/masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. kefahaman kepada unsur ini, sesungguhnya menjadi katalis dalam segala usaha membawa negara kita dimasa depan.